Soalan,
Salam,
Adakah berdosa jika buat onani...iaitu guna jari pada kemaluan untuk tujuan naik nafsu?
Nur..
Jawapan
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Sebagai makhluk ciptaan Tuhan kita wajib percaya bahawa setiap apa yang diciptakanNya ada hikmah di sebaliknya, termasuk nafsu syahwah yang dibekalkan di dalam diri manusia lelaki dan perempuan. Antara hikmahnya ialah untuk mempastikan kelangsungan wujudnya zuriat manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lantaran itu Islam sangat menitik beratkan umatnya supaya berkahwin. Dengan perkahwinan, syahwah dapat disalurkan dengan baik, suci dan terhormat sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah di samping menjamin kemurnian zuriat yang bakal lahir.
Berdasarkan konsep di atas, maka perbuatan onani dengan menggunakan jari adalah satu perbuatan yang sia-sia. Apa akan berlaku jika syahwah telah memuncak? Jika perempuan itu tidak mempunyai suami yang sah, bukankah ini akan mendorong kepada zina?
Inilah yang perlu difahami. Oleh kerana Islam telah mensyari'atkan perkahwinan untuk melepaskan syahwah dengan cara yang halal, maka segala pintu yang boleh mendorong terjadinya perbuatan haram adalah ditutup. Sabab itu wanita wajib menutup aurat, lelaki dan perempuan mesti memelihara pandangan mata, haram duduk berdua-duaan, haram mendedahkan rahsia hubungan suami isteri, haram menonton atau membaca adegan lucah dan sebagainya yang boleh merangsang syahwah yang mungkin boleh membawa kepada zina.
Maka jalan terbaik bagi sesiapa yang mampu ialah menyahut seruan Nabi agar berkahwin, dan jika tidak mampu hendaklah ia berpuasa.
AllahuA'lam.
3 comments:
betul ke kalo orang wat onani ni dia jadi mandul? or kalo tak, ape kesan2 lain kalo org tu wat onani ni
thanx for the explaination..ive been looking abt it for so long.
im not sure whether wht i did all these years r considered as masturbation or not.i dont use fingers at my private parts..but i dreamt a lot n like to squeeze my thighs together..and as fars as im concern..masturbation defined as self-activities tht is done to satisfy sexualy desire.so i guess...i did masturbate . even though ive tried to stop it so many times, but i cant really help it..n i found it as a way to help me from getting into worse problems such as..premarital sex..etc..pls advice
salam.
saya nak bertanya jika wanita telah berkahwin baru sebulan kemudian suami sambung belajar di luar negara dah hampir setahun tidak balik, dan wanita tersebut tidak dapat mengawal nafsunya lalu beronani apakah hukumnya?kadang2 cuba puasa tetapi apabila terinagt suami, terus sukar untuk tahan perasaan
Post a Comment