Assalammualaikum wr wb,
Puan,
Saya adalah seorang isteri yang berumur 29 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 4 tahun. Saya mempunyai masalah yang sangat besar dan saya tak tahu macam mana nak selesaikan. Ia berkaitan rumahtangga saya yg telah dibina 4 tahun yang lalu. Saya mengenali suami saya sejak saya berumur 17 tahun lagi. Kami telah melalui susah senang bersama sepanjang tempoh tersebut. Pada mula kami berkawan, ibu bapa saya mmg tidak merestui perhubungan kami tetapi disebabkan kesungguhan kami berdua membuatkan ibu bapa bersetuju sehinggalah kami berkahwin.
Sejak mula berkahwin saya dapat merasakan perubahan terhadap diri saya. Mungkin disebabkan tekanan kerja, keluarga dan anak. Saya datang daripada keluarga yg susah begitu juga dengan suami. Kehidupan selepas berkahwin adalah amat susah kerana kami terus mendapat anak dan ibubapa saya tinggal bersama saya. Suami pula kerja sehingga lewat malam dan saya rasa kesunyian. Suasana setelah berkahwin tidak seperti sebelum berkahwin dan saya amat berharap suami dapat melayan saya seperti sebelum berkahwin. Saya ada menyuarakan masalah ini kepada suami tetapi suami menggangap perkara tersebut adalah perkara yang remeh.
Suami pula melayan saya dengan buruk dan ia begitu ketara pada hujung tahun 2004. Saya tidak pernah mendapat apa-apa hadiah atau ucapan pada ulangtahun perkahwinan atau pun pada hari jadi saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa cukup sekadar dia mengingati dan memberi ucapan tetapi suami selalu saja lupa. Saya tidak pernah lupa akan hari-hari yang penting dalam hidup suami dan cuba membuatkan hari tersebut sebagai hari yang istime wa walaupun dengan hanya sepotong kek. Saya berkerja dan sekarang hidup kami lebih selesa berbanding dahulu. Suami sering mengungkit pasal duit walaupun ianya adalah duit saya sendiri. Saya tidak pernah berkira pasal duit dgn suami tetapi kadang-kadang dia marah saya sekiranya saya ada membeli pakaian baru dan sebagainya. Alasan nya dia cemburu kerana saya
hanya membeli pakaian saya sahaja. Saya ada membeli pakaian untuk dia bila saya outstation tetapi bukanlah yang mahal-mahal. Suami bekerja di syarikat pembinaan dan pakaian harian nya adalah jeans dan tshirt. Kadang-kadang saya dimarahi kerana perkara-perkara kecil dan diperli dihadapan ibu bapa saya. Suami tidak berapa suka dengan keluarga saya tapi saya tak salah kan dia kerana dahulu keluarga saya tidak melayan dia dengan baik.
Banyak lagi perkara-perkara lain yang saya tak puas hati menyebabkan saya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Pada mulanya saya be rkawan sahaja dan bertukar-tukar pendapat. Buat pengetahuan puan lelaki ini berbangsa asing (European) dan berumur 43 tahun, sudah berpisah dgn isteri dan mempunyai 2 org anak berumur 13 dan 8 tahun. Lelaki ini begitu memahami dan mengambil berat berkenaan diri saya. Saya sudah mengenali lelaki ini selama lebih kurang 2 tahun dan kami amat menyintai antara satu sama lain. Baru-baru ini suami mendapat tahu mengenai hubungan kami dan meminta saya keluar dari rumah kami. Saya mengambil keputusan untuk duduk berasingan sementara saya dapat membuat keputusan yang mana satu harus saya pilih. Kami telah mendapatkan kaunseling daripada jabatan agama dan saya telah meminta cerai daripada suami tetapi suami meminta supaya ditangguhkan. Saya
nekad untuk bercerai tetapi suami memberi amaran akan membawa anak saya pergi dan tidak memberi anak saya berjumpa saya dan ingin saya menganggap mereka sudah mati. Saya tak sanggup berpisah dengan anak dan sekarang saya kembali duduk bersama suami.
Masalahnya saya tidak dapat melupakan lelaki asing tersebut kerana kami betul-betul ingin hidup bersama. Lelaki ini bersetuju untuk memeluk islam dan akan membelikan saya satu rumah berhampiran dengan rumah suami supaya saya dapat berkongsi menjaga anak saya. Lelaki ini bekerja di negara lain dan dia memberi cadangan untuk membawa saya tinggal bersamanya. Dia akan menghantar saya balik ke malaysia setiap 2 bulan untuk bersama dengan anak saya. Dia betul-betul ingin mengahwini saya dan saya amat amat berharap kami dapat bersama satu hari nanti.
Sekarang kami masih lagi berhubung dengan satu sama lain. Saya dah tak sanggup melakukan dosa kepada suami dan betul-betul ingin bercerai dan berkawin dengan lelaki tersebut. Tetapi bila saya mengenangkan anak yang akan menanggung akibat penceraian saya berfikir dua kali. Saya juga tidak pasti sekiranya saya akan gembira sekiran ya saya bersama lelaki asing tersebut kerana terdapat banyak perbezaan dari segi budaya dan lain-lain dan saya takut saya akan menyesal kerana meninggalkan suami dan anak. Lelaki tersebut berjanji akan cuba menbuatkan saya gembira tetapi saya masih ragu-ragu. Suami sanggup menerima saya walaupun saya curang terhadapnya. Saya tahu tiada lelaki lain yg akan berbuat perkara demikian dan saya tahu suami amat menyintai saya.
Masalahnya hati saya sudah tidak menyintai suami dan setiap hari saya berharap supaya suami dapat melepaskan saya dengan rela dan berdoa kebahagiaan saya. Saya ingin menikmati hidup yang berbeza mendapat zuriat yang berbeza. Saya tidak tahu untuk membuat pilihan yang mana satu yang patut saya pilih. Hati saya sekarang betul-betul ingin hidup bersama lelaki asing tersebut tetapi kesian terhadap suami. Apa yang patut saya lakukan? Saya betul-betul keliru dan keadaan ini menganggu kerja saya di pejabat. Hidup s aya betul-betul merana semenjak 6 bulan ini. Sekarang saya tidur berlainan bilik dgn suami dan hanya bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Saya amat marah dan benci dengan suami kerana dia cuba memisahkan saya dengan anak saya dan menggunakan anak saya untuk mendapatkan saya semula.
Terima kasih kerana mendengar luahan hati saya dan saya berharap puan dapat memberikan pendapat bukan sahaja dari segi agama tetapi dari sudut yang lebih besar dan menyeluruh.
Isteri serba salah
---Saya adalah seorang isteri yang berumur 29 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 4 tahun. Saya mempunyai masalah yang sangat besar dan saya tak tahu macam mana nak selesaikan. Ia berkaitan rumahtangga saya yg telah dibina 4 tahun yang lalu. Saya mengenali suami saya sejak saya berumur 17 tahun lagi. Kami telah melalui susah senang bersama sepanjang tempoh tersebut. Pada mula kami berkawan, ibu bapa saya mmg tidak merestui perhubungan kami tetapi disebabkan kesungguhan kami berdua membuatkan ibu bapa bersetuju sehinggalah kami berkahwin.
Sejak mula berkahwin saya dapat merasakan perubahan terhadap diri saya. Mungkin disebabkan tekanan kerja, keluarga dan anak. Saya datang daripada keluarga yg susah begitu juga dengan suami. Kehidupan selepas berkahwin adalah amat susah kerana kami terus mendapat anak dan ibubapa saya tinggal bersama saya. Suami pula kerja sehingga lewat malam dan saya rasa kesunyian. Suasana setelah berkahwin tidak seperti sebelum berkahwin dan saya amat berharap suami dapat melayan saya seperti sebelum berkahwin. Saya ada menyuarakan masalah ini kepada suami tetapi suami menggangap perkara tersebut adalah perkara yang remeh.
Suami pula melayan saya dengan buruk dan ia begitu ketara pada hujung tahun 2004. Saya tidak pernah mendapat apa-apa hadiah atau ucapan pada ulangtahun perkahwinan atau pun pada hari jadi saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa cukup sekadar dia mengingati dan memberi ucapan tetapi suami selalu saja lupa. Saya tidak pernah lupa akan hari-hari yang penting dalam hidup suami dan cuba membuatkan hari tersebut sebagai hari yang istime wa walaupun dengan hanya sepotong kek. Saya berkerja dan sekarang hidup kami lebih selesa berbanding dahulu. Suami sering mengungkit pasal duit walaupun ianya adalah duit saya sendiri. Saya tidak pernah berkira pasal duit dgn suami tetapi kadang-kadang dia marah saya sekiranya saya ada membeli pakaian baru dan sebagainya. Alasan nya dia cemburu kerana saya
hanya membeli pakaian saya sahaja. Saya ada membeli pakaian untuk dia bila saya outstation tetapi bukanlah yang mahal-mahal. Suami bekerja di syarikat pembinaan dan pakaian harian nya adalah jeans dan tshirt. Kadang-kadang saya dimarahi kerana perkara-perkara kecil dan diperli dihadapan ibu bapa saya. Suami tidak berapa suka dengan keluarga saya tapi saya tak salah kan dia kerana dahulu keluarga saya tidak melayan dia dengan baik.
Banyak lagi perkara-perkara lain yang saya tak puas hati menyebabkan saya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Pada mulanya saya be rkawan sahaja dan bertukar-tukar pendapat. Buat pengetahuan puan lelaki ini berbangsa asing (European) dan berumur 43 tahun, sudah berpisah dgn isteri dan mempunyai 2 org anak berumur 13 dan 8 tahun. Lelaki ini begitu memahami dan mengambil berat berkenaan diri saya. Saya sudah mengenali lelaki ini selama lebih kurang 2 tahun dan kami amat menyintai antara satu sama lain. Baru-baru ini suami mendapat tahu mengenai hubungan kami dan meminta saya keluar dari rumah kami. Saya mengambil keputusan untuk duduk berasingan sementara saya dapat membuat keputusan yang mana satu harus saya pilih. Kami telah mendapatkan kaunseling daripada jabatan agama dan saya telah meminta cerai daripada suami tetapi suami meminta supaya ditangguhkan. Saya
nekad untuk bercerai tetapi suami memberi amaran akan membawa anak saya pergi dan tidak memberi anak saya berjumpa saya dan ingin saya menganggap mereka sudah mati. Saya tak sanggup berpisah dengan anak dan sekarang saya kembali duduk bersama suami.
Masalahnya saya tidak dapat melupakan lelaki asing tersebut kerana kami betul-betul ingin hidup bersama. Lelaki ini bersetuju untuk memeluk islam dan akan membelikan saya satu rumah berhampiran dengan rumah suami supaya saya dapat berkongsi menjaga anak saya. Lelaki ini bekerja di negara lain dan dia memberi cadangan untuk membawa saya tinggal bersamanya. Dia akan menghantar saya balik ke malaysia setiap 2 bulan untuk bersama dengan anak saya. Dia betul-betul ingin mengahwini saya dan saya amat amat berharap kami dapat bersama satu hari nanti.
Sekarang kami masih lagi berhubung dengan satu sama lain. Saya dah tak sanggup melakukan dosa kepada suami dan betul-betul ingin bercerai dan berkawin dengan lelaki tersebut. Tetapi bila saya mengenangkan anak yang akan menanggung akibat penceraian saya berfikir dua kali. Saya juga tidak pasti sekiranya saya akan gembira sekiran ya saya bersama lelaki asing tersebut kerana terdapat banyak perbezaan dari segi budaya dan lain-lain dan saya takut saya akan menyesal kerana meninggalkan suami dan anak. Lelaki tersebut berjanji akan cuba menbuatkan saya gembira tetapi saya masih ragu-ragu. Suami sanggup menerima saya walaupun saya curang terhadapnya. Saya tahu tiada lelaki lain yg akan berbuat perkara demikian dan saya tahu suami amat menyintai saya.
Masalahnya hati saya sudah tidak menyintai suami dan setiap hari saya berharap supaya suami dapat melepaskan saya dengan rela dan berdoa kebahagiaan saya. Saya ingin menikmati hidup yang berbeza mendapat zuriat yang berbeza. Saya tidak tahu untuk membuat pilihan yang mana satu yang patut saya pilih. Hati saya sekarang betul-betul ingin hidup bersama lelaki asing tersebut tetapi kesian terhadap suami. Apa yang patut saya lakukan? Saya betul-betul keliru dan keadaan ini menganggu kerja saya di pejabat. Hidup s aya betul-betul merana semenjak 6 bulan ini. Sekarang saya tidur berlainan bilik dgn suami dan hanya bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Saya amat marah dan benci dengan suami kerana dia cuba memisahkan saya dengan anak saya dan menggunakan anak saya untuk mendapatkan saya semula.
Terima kasih kerana mendengar luahan hati saya dan saya berharap puan dapat memberikan pendapat bukan sahaja dari segi agama tetapi dari sudut yang lebih besar dan menyeluruh.
Isteri serba salah
JAWAPAN:
Sebenarnya saya bukanlah arif dalam hal ini tetapi apabila membaca masalah ini tergerak hati untuk berkongsi cerita yang seakan-akan sama dengan masalah ini. Semoga dapat diambil iktibar.
Masalah ini terjadi kepada sepupu kepada suami saya. Kehidupan bahagia dan mewah. Suaminya seorang tentera berpangkat tinggi (komandan sebuah kem di negeri sembilan dan mampu untuk naik sehingga Brigider Jeneral). Mempunyai 6 anak yang pintar. Yang sulung melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Russia.Sudah berkahwin lebih 20 tahun. Masalah bermula apabila ia terlibat bekerja dengan MTUC di mana ia selalu meghadiri konferens di luar negara dan sering meninggalkan suami dan anak-anak sendirian. Dipendekkan cerita, semasa selalu diluar negeri telah bertemu dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris. Bermula dari situ mulalah dia membandingkan layanan suami kepadanya dengan layanan lelaki tersebut dan akhirnya mereka bercerai. Suaminya dah pun berkahwin semula dan dia pun berkahwinlah dengan lelaki tersebut yang sama seperti kes ini bekerja di luar negara. Beberapa bulan sekali dia akan terbang keluar negara bertemu dengan suaminya. Anak-anak masih dengan n ya tetapi dapat dilihat kesan penceraian ini kepada anak-anak ini. sebenarnya suaminya adalah seorang yangbertanggungjawab dan masih mahu menyelamatkan rumahtangga mereka demi anak-anak sebelum penceraian berlaku.Tetapi disebabkan dah terlampau seronok untuk berkahwin dengan lelaki Inggeris, sepupu suami saya ini menolak cadangan suaminya untuk berdamai semula. Baru-baru ini , difahamkan suami Inggerisnya sudah tiga bulan mengabaikannya tanpa sebarang nafkah kerana berbagai-bagai alasan. Maka tinggalah dia menanggung berbagai-bagai masalah nak membesarkan anak-anaknya disini walaupun nafkah untuk anak-anak telah diberikan oleh bekas suaminya. Nak terbang bertemu dengan suaminya pun tak dapat kerana masalah kewangan dan juga berbagai alasan oleh suaminya untruk tidak berjumpa dengannya.
Saya berharap puan yang terlibat dapat memikirkan dengan sebaik-baiknya implikasi terhadap puan dan anak-anak puan sekiranya berkahwin dengan lelaki Eropah ini. Saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa lebih banyak masalah yang akan timbul .Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap perkahwinan campuran dengan bangsa barat. Pertama lelaki ini bekerja di luar negara seperti yang berlaku dalam kes yang saya ceritakan. Biasanya mereka akan melayan isteri dengan baik pada mulanya tetapi lama-kelamaan apabila masalah kewangan berlaku akan terjadilah pengabaian terhadap isteri. Dari segi masalah yang akan timbul dari segi berlainan budaya juga mesti difikirkan dengan serius. dan yang lebih penting lagi ialah tanggungjawab puan untuk mengajar suami puan dalam hal-hal berkaitan dengan agama. Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab yang berat yang mesti dilakukan samada dengan bantuan orang/organisasi lain dan sebagainya.
Saya tidak tahu setakat mana puan telah berbincang dengan suami untuk menyelamatkan rumahtangga puan.Adakah sudah tidak ada jalan penyelesaian ataupun kadang-kadang apabila hati sudah terpaut dengan orang ketiga biasanya seseorang itu cenderung untuk cuba menutup jalan-jalan perdamaian antara suami isteri. Itu yang berlaku dalam kes yang saya ceritakan tadi. Saya rasa jika sama-sama ikhlas hendak menyelamatkan rumahtangga kita terpaksalah "give and take". Dari pemerhatian saya terhadap kes-kes penceraian yang di minta oleh isteri ( isteri yang minta cerai) biasanya isteri dah ada orang yang ketiga yang selalu melayan luahan ketidakpuasan hati mereka terhadap suami mereka. Jadi si isteri biasanya nekad untuk bercerai kerana merasakan dia sudah ada orang untuk membela dan melayannya. Dia cenderung untuk merasakan bahawa dia tidak dilayan secara baik oleh suaminya tanpa kadang-kadang melihat dari segi bagaimana pula layanannya terhadap suaminya.Apa alasan suaminya bertindak demikian ? Kadang-kadang suaminya mungkin berbuat demikian kerana memikirkan masa depan anak-anak yang masih jauh. Sedangkan siisteri biasanya hanya memikirkan tentang dirinya sahaja.
Bagi saya , masalah yang diceritakan oleh puan mengenai layanan suami mengenai hadiah atau ucapan hari lahir dan sebagainya yang diceritakan bukanlah masalah yang besar. Perkara itu mungkin boleh dipupuk oleh puan kepada suami puan. Sebenarnya ramai lelaki yang menganggap perkara tersebut perkara yang remeh. Banyak perkara yang remeh kepada kaum lelaki tetapi amat besar maknanya kepada kaum perempuan. Mungkin lelaki lebih banyak memikirkan perkara yang lebih besar dari hal menyara keluarga dan masa depan anak-anak dari perkara-memberi bunga kepada isteri dan sebagainya. Yang penting kita sebagai wanita perlu kreatif untuk menyedarkan mereka bahawa perkara-perkara tersebut merupakan penambah perisa kepada kebahgiaan hidup sebagai suami isteri. Puan sepatutnya bersyukur kerana suami puan tidak bermain kayu tiga dan masih menerima puan walaupun puan curang kepadanya. Itu menunjukkan betapa masih ada kebaikan suami puan terhadap puan yang saya rasakan lebih besar maknanya da ri memberi bunga kepada puan dan puan sepatutnya menilai diri puan berbanding suami puan.
Akhir sekali saya benar-benar berharap puan dapat banyak-banyak beristighfar dan fikirkan dengan sebaik-baiknya tindakan yang patut puan ambil. Serahkan diri dan masalah puan kepada Allah dan pohonlah sebaik-baik jalan penyelesaian dariNya sebab hanya Dia lah yang Maha Mengetahui. Banyakkan bersembahyang taubat, istikharah dan sebagainya dan ikhlaslah dengan diri sendiri, insyaAllah akan ditunjukkan sebaik-baik jalan untuk puan. Saya mendoakan agar rumahtangga puan dapat diselamatkan dan puan akan hidup bahagia disamping kelurga.
Salam,Ukhti fillah,Ummu Sakinah.
No comments:
Post a Comment