Thursday, June 16, 2005

Menyucikan pakaian terkena bulu anjing basah

Soalan,
Pakaian saya telah bercampur dengan sehelai kain yg padanya terdapat bulu anjing. kesemuanya telah dibasuh bersama dalam washing machine tanpa disedari.
Bagaimana saya boleh menyucikan pakaian saya tersebut daripada najis mughallazah itu? bolehkan dengan hanya menggunakan detergent biasa?
Harap dapat jawab dengan cepat. Kerana saya dalam dilema.
anak perantauan,
Belin, Germany.

Jawapan
Pakaian itu telah pun dibasuh maka tidak perlu dibasuh lagi. Ia telah dianggap suci dengan basuhan itu. Ada pendapat dalam Mazhab Syafi'i mengatakan benda-benda yang mungkin terjejas sekiranya dibasuh dengan air tanah, boleh dibasuh dengan alat pencuci lain. Allahu A'lam.Prof Madya Maznah Daud

2 comments:

Anonymous said...

Feeling lonely? Hook up with Real Singles now for $4.99 to connect, and only $0.99 a min. A true match is only a phone call away. Give it a try 1-800-211-9293.

Anonymous said...

Nak tanya, macam mana kalau seluar terkena bulu anjing masa hujan, adakah perlu disamak?