Wednesday, August 24, 2005

Solat duduk kerana uzur kena qadha?

Soalan,

Assalamualaikum.wr wb

Saya ingin bertanya mengenai kaedah sembahyang /cara mengerjakan sembahyang. Seperti yg diketahui, sembahyang dilakukan dlm keadaan berdiri. jika tidak boleh berdiri dilakukan secara duduk. jika tidak boleh juga dilakukan secara tidur sehinggalah boleh dilakukan memadai dengan isyarat hati dan pergerakan mata. Persoalan saya,
semasa sedang sarat mengandung 7-9 bulan, saya melakukan ibadah sembahyang secara duduk (spt antara dua tahiyat akhir) kerana mengalami kesukaran dan masalah semasa melakukan secara berdiri.

Baru-baru ini kami/saya (sesi ceramah agama di pejabat) telah mendapat penjelasan mengenai cara ini dpd seoang Ustaz yg terkenal di daerah saya dan jawapan yg diterima spt berikut: Sembahyang yg dilakukan dlm tempoh tersebut perlu diqhadakan krn kita masih mampu berjalan sedangkan sembahyang duduk hanya blh dilakukan oleh mereka yg tidak boleh berjalan. Betulkan begini? Saya berharap mendapat pandangan mengenai persoalan dan penjelasan yang diterima, sekian, terima kasih.

(arizan)

Jawapan;

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada 'Imran bin Husain r.a. katanya: "Saya mengidap penyakit buasir, lalu saya bertanya Nabi s.a.w. mengenai solat" Baginda menjawab: "Solatlah dengan cara berdiri. kalau engkau tidak berdaya solatlah dengan cara duduk, sekiranya engkau tidak berdaya solatlah dengan cara mengiring dan sekiranya engkau tidak berdaya solatlah dengan cara terlentang".
Berdasarkan Hadis di atas, seseorang yang tidak mampu mengerjakan solat secara berdiri dia boleh melakukan solat dengan duduk, baring dan seterusnya mengikut kemampuannya serta tidak wajib lagi ke atasnya mengqada'kan solat yang telah ditunaikan itu kerana dia telah menunaikan solat sebagaimana yang diberikan kelonggaran kepadanya disebabkan keuzuran yang dialaminya.
Allahu A'lam.

No comments: