Bicara Kalbu: Banyak zikir, baca al-Quran cara ubati sihir
? AKHIR-AKHIR ini, saya selalu mengalami perkara pelik dan ganjil dalam kehidupan. Kata orang berkaitan masalah gangguan makhluk halus.
Restoran saya beroperasi lebih enam bulan, malangnya sejak beberapa minggu lalu tiada pelanggan yang datang. Ada pelanggan memulangkan nasi campur yang dibeli dari restoran saya kerana katanya ia penuh dengan serpihan kaca halus. Benarkah makhluk halus boleh memudaratkan kehidupan kita. Bagaimana menghadapi permasalahan ini?
Ingin Tahu,
Rawang, Selangor.
Jawapan
SIHIR ada disebut dalam al-Quran yang wujud sejak zaman Nabi Musa. Ia juga ada diriwayatkan pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Adakah Nabi pernah terkena sihir?
Persoalan ini menjadi pertikaian ulama Islam. Dalam hal ini, kita merujuk kepada hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Daripada Aisyah: Nabi pernah disihirkan sehingga Baginda menyangka telah mendatangi mereka (isteri-isteri), sedangkan ia tidak mendatangi mereka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ia sesuatu yang mengaibkan martabat Rasulullah. Tetapi, menurut Qadhi Iyadh: “(Kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah dipersetujui bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata. “Qadhi Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah satu daripada penyakit."
Dengan ini jelas bahawa tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas izin Allah.
Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan yang bersekongkol dengan jin dan syaitan.
Tanda terkena sihir antaranya:
# Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya;
# Seseorang itu berasa kadang kala terlalu panas dan sejuk sehingga sanggup minum air mendidih;
# Suami dan isteri yang tiba-tiba berasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang;
# Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan sihir lebih menonjol sewaktu senja; dan
# Banyak daripada penyakit baik fizikal atau kejiwaan tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor pakar.
Cara menghadapi sihir.
Orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.
Pertama, mereka mempunyai tempat pergantungan dan berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah. Imam Ibnu Qaiyim berkata: “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adhihiyah Al ilahiyah (penawar ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca al-Quran dan berdoa.”
Seseorang yang beriman menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian daripada Allah. Sekiranya, melalui ujian ini dengan cara yang betul seperti yang dikehendaki Allah, maka insya-Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah boleh didapati dari buku bertajuk Tibb Nabawi, perubatan cara Rasulullah.
Orang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun di bumi dan bahawa interaksi dengan ayat Allah (al-Quran) itu sebesar-besar penawar.
Oleh itu, mereka tidak perlu berubat dengan cara yang memudaratkan akidah seseorang seperti berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan ‘bomoh’ atau ‘dukun’ dan jin.
Bagaimanapun, kita boleh berjumpa dan meminta nasihat daripada pakar atau intelektual Islam yang dipercayai dan tidak mencampurkan yang hak dengan yang batil dalam menangani masalah ini.
Dijawab oleh Endok Sempo Mohd Tahir. Persoalan dan jawapan layari www.wanitajimceria.blogspot.com
posted by Wanita JIM Mekar Ceria at 9:55 AM
1 comment:
Site include actual poker promotions and bonus no deposit required. http://www.pokermaniak.com.pl Review poker online sponsor's and poker rooms. Play for free at platform like Mansion,Full Tilt,Party poker or Titan.
bonusy
za darmo poker bez deposit no depozyt titan platform bankroll big money true capital for mansion online poker go you bez deponowania kasy
no deposit poker bonus online poker no deposit bonus free gambling cash and money no required deposit
online poker no deposit free cash for all !!!
Post a Comment