Soalan:
Saya memohon pandangan dari pihak tuan berkenaan dengan cara mengajar kanak-kanak yang semakin hari semakin lain perangainya( berbeza dengan kanak-kanak 10-15 tahun dulu). Isteri saya baru ditugaskan mengajar di sekolah kebangsaan dan di darjah 3. Untuk pengetahuan tuan, darjah 3 ini ada banyak kelas dan kelas yang paling akhir adalah kelas yang mengandungi kanak-kanak yang seolah-olah tidak mahu belajar, terlalu bising dan sebagainya. Berbeza dengan kelas yang awal.Umum ketahui bahawa kanak-kanak sekarang tidak boleh disentuh samada memukul, merotan dan sebagainya. Jadi saya memohon jasa baik tuan,cara untuk menangani masalah ini, dengan memberikan pendidikan yang baik, dapat mengawal kelas dengan sempurna, cara untuk mengawal emosi kanak-kanak ini agar tidak melampau dan juga dapat membimbing semula kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga adalah antara golongan yang masih tidak dapat membaca, seolah-olah mereka ini baru mengenal abc. Bilangan kanak-kanak ini adalah seramai 40 orang dan sekolah ini berada di kawasan bandar iaitu Ampang.
Harap mendapat tunjuk ajar dari pihak tuan.Sekian terima kasih.
A.Fairuz
Ampang
Jawapan;
Assalamualaikum,
Pertama kita ucapkan syabas kepada para guru hari ini yang mendepani pelbagai cabaran profesion perguruan pd hari ini.
Tentang masalah tuan.
1. Mungkin hari ini kita memerlukan sedikit anjakan paradigma dalam menjalani tugas guru. Melihat isu disiplin dan masalah belajar sebagai satu peluang. Peluang bagaimana? Peluang utk membina manusia dari kalangan yg bermasalah kpd manusia yg berpotensi utk berjaya. Ini akan mengurangkan beban dan tekanan, kerana ia tdk dilihat dalam kerangka masalah tetapi sebagai peluang yg amat besar ganjarannya dunia dan akhirat.
2. Anak-anak yg bermasalah belajar lazimnya bersikap rendah diri. Maklumlah mereka tdk seperti anak-anak dalam kelas pandai. Jadi untuk menutup kelemahan diri ini mereka akan melakukan perkara-perkara yg bolih menarik perhatian meskipun perkara itu negatif. Kerana merka juga perlukan perhatian sebagaimana anak-anak pandai seringkali mendapat perhatian. Bagi mereka apa ertinya belajar jika masih tidak pandai. benarkah yg mereka sangka? Kalau tidak manakan mungkin ada pepatah melayu, 'belakang parang diasah lagi tajam, inikan pula otak manusia'.
3. Dalam menghadapi kumpulan pelajar seperti ini, guru memang kena banyak beri perhatian. Cuba dekati mereka secara berseorangan dan berkumpulan. Memang meletihkan tetapi percayalah anda akan mendapat kepuasan bila anda cuba mendalami isi hati mereka. Mereka sebenarnya memerlukan 'kawan' untuk berkongsi apa yang mereka lalui. (mungkin mereka tdk mendapat perhatian itu di rumah, melainkan hanya sasaran kemarahan dan cemuhan ibu-bapa dan keluarga).
4. Berikanlah pujian dan 'complement' atas perkara positif yang mereka lakukan walau kecil sekalipun. Umumkan kpd kelas mana-mana tindakan yg dianggap terpuji, spt tlg bukakan pintu guru, atau padamkan papan putih dsbnya. Jika anak-anak menunjukkan kemajuan yg sedikit, walaupun dari F kpd D, berikan pujian dan galakan supaya mereka teruja bahawa pelajar spt merekapun ada peluang utk berjaya sebenarnya jika mereka mencuba. tentulah mereka akan menempa kejayaan yg lebih besar jika mereka tingkatkan usaha.
5. Satu lagi, janagn terlalu terikat dgn kurikulum sehingga terkejar-kejar utk menghabiskan silibus. Tdk ada makna jika silibus habis tetapi pelajar 'tidak bolih membaca!'. Peruntukkan sebahagian masa untuk sesi bercerita untuk memberi motivasi. Kisah-kisah manusia hebat spt Helen Keeler, bagaimana Thomas Jefferson mencipta lampu bulb. Atau kisah motivasi spt seorang penebang pokok yang terlalu sibuk menebang sehingga tdk ada masa utk mengasah kapaknya. Sila dapatkan buku kisah-kisah motivasi untuk guru, tajuknya lupa tetapi ia diterbitkan oleh PTS.
6. Sedikit tambahan dari (sdra Amir Razelan) yaitu pada point 4 dan 5 - Perlu tumpukan kepada kemahiran belajar, tidak hanya kepada kandungan pelajaran itu sahaja. Kanak2 pada tahap ini, mereka lebih senang "absorb" melalui bermain. Jadi, pelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira konsep bermain yang tidak menjemukan, tetapi sebaliknya akan menggalakkan mereka turut serta.
Semuga berjaya. Wallahu'alam
Dijawab oleh: Dr Hafidzi Mohd Noor , Pensyarah Universiti Putera Malaysia
5 comments:
ingin berkongsi atas pengalaman.
MBS - methodist boys school atau monkey boys school itulah satu penafsiran kepada mereka yg hilang sabar dengan kerenah amanah anugerah Tuhan.
nasihat saya kepada para guru2 yang menghadapi masaalah berhadapan dengan murid sedemikian, para guru haruslah bersedia mental dan fizikal dan penuhkan dada anda dgn kesabaran serta para guru kena bijak menangani dan membaca tingkahlaku dan kemahuan anak murid. mereka bukan bodoh atau lembam tapi mereka perlu guru yang bijak melayani kehendak dan teknik pembelajaran cara mereka.
jika mereka dilayan mengikut cara dan acuan mereka sendiri, sudah pasti guru tersebut akan bangga dan puas hati dengan kemajuan yg mereka capai malah murid2anda dan ibubapa mereka juga akan bangga dan menyanjungi serta menyayangi anda kerana berjaya mencorakkan anak mereka jadi orang yang berjaya.dan ia juga sebagai satu kenangan manis buat diri kita sampai bila2.
Very cool design! Useful information. Go on! Search aluminum air filters covers ibm laptop batteries 2006 mustang convertible reviews day phentermine diet adepex Property insurance for small business Certified financial planning program Arizona alpine oak water bed height Reading dental plans Air freshener jars edelbrock air cleaners Ge circuit breaker surge arrestor Luxor motel las vegas 1993 lexus es300 new head light Fire alarm supplies
That's a great story. Waiting for more. http://www.canon-digital-cameras-1.info/compare-netnanny-cybersitter.html Wellbutrin ritalin adhd what is depakote er tabs doxipin topamax Topamax max dose children topamax and behavior Saab v4 96 saab parts highgate Panda software antispam Asian export granite and marble Seat cover for 2004 ford f 150 Betty bentley beaumont topamax causes constipation Cause of acne and pimples Mercedes benze diesel fuel additive Girls tennis graphics
Seminar masalah remaja & cara menanganinya
Tempat:masjid wilayah,jln duta
tarikh:26/1/08(sabtu)
Masa:8.30am-1.30pm
bayaran:RM30
Pendaftaran:0122662109/0123960817
petikan iklan dari metro:
KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau ahli keluarga yang berdepan remaja bermasalah seperti penagihan dadah, gangsterisme atau mat rempit kini boleh berkongsi rahsia, seterusnya menemui jalan penyelesaian melalui Seminar Masalah Sosial Remaja dan Teknik Untuk Menanganinya pada 26 Januari ini.
Selain mendengar pengalaman dilalui ibu bapa, program anjuran Yayasan Sahabat Iman dan Insan Malaysia (Sidim) itu menyediakan khidmat kaunseling percuma kepada peserta.
Pengerusi Sidim, Hanafi Malek, berkata program di Masjid Wilayah, Jalan Duta, itu yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari mensasarkan penyertaan 200 orang.
Selain ibu bapa, pihaknya berharap golongan pendidik, penuntut universiti atau mereka yang membuat kajian mengenai masalah sosial hadir sama.
Dalam program itu, dua kertas kerja dibentangkan ahli panel, iaitu Prof Dr Nasir Lanjong, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beliau sendiri.
Katanya, tujuan program itu diadakan untuk berkongsi pengalaman dan idea, sekali gus mencari jalan penyelesaian.
Bayaran RM30 dikenakan untuk seorang peserta dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Hanafi di talian 013-2007072.
“Ini adalah program pertama Sidim berikutan setiap hari saya terima banyak panggilan dan SMS (khidmat pesanan ringkas) dari seluruh negara.
“Saya berharap orang ramai mengambil peluang ini, tetapi saya minta peserta tidak membawa anak atau remaja terbabit bagi mengelak mereka tahu teknik yang bakal dipraktikkan,” katanya.
Saya selaku guru turut kecewa dgn masalah disiplin pelajar hari ini. Paling dikesalkan dgn sikap ibu bapa yg sering kali membela anaknya walau sejahat mana sekalipun anakya itu.
Post a Comment