Monday, January 09, 2006

Hamil, keliru, pengguguran

Soalan,

Saya telah membuat ujian kehamilan dan didapati positif. Keluarga belum mengetahui hal ini dan saya masih belajar di IPTA tahun pertama. Teman lelaki mahu bertanggungjawab tetapi risau keluaga tidak dapat menerima kerana perbezaan umur dan masih blajar. Dia 30 tahun dan saya 19 thn.Walaubagaimanapun dia mempunyai pekerjaan yang tetap dan mampu utk berkeluarga. Kami saling mencintai tetapi saya tidak mahu keluarga terpaksa menerima kerana saya mengandung jadi kami mengambil keputusan utk men"cuci" janin ini, memandangkn banyak halangan untuk kami berkahwin buat masa ini. Kami sedar akan dosa yang akan di tanggung. Bolehkah tolong berikn pandangan terbaik cara mengatasi masalah ini?

Gadis berdosa
SBZ, Kuala Lumpur

Jawapan;

Pertama sekali, banyakkanlah dan segerakanlah 'bertaubat' atas keterlanjuran itu. Nilai cinta sejati tidak terletak pada kesanggupan menyerahkan mahkota diri. Allah Maha Penyayang dan Maha Menerima Taubat, yakinlah dan janganlah diulangi lagi perbuatan itu. Ungkapan kata cinta dan kesediaan bertanggungjawab bukanlah visa untuk menjalinkan perhubungan seperti pasangan suami isteri yang sah.


Keduanya, dengan saudari membuat keputusan untuk melakukan hubungan kelamin dan hamil kerananya, saudari secara tidak langsung juga telah menghadkan pilihan seterusnya. Setiap keputusan yang saudari bakal ambil, mempunyai risiko dan akibatnya yang tersendiri. Hanya saudari yang boleh memilih. Dan tiada pilihan yang mudah.



Pilihan yang ada:


1. "Mencuci" janin bukanlah satu jalan penyelesaian insan yang berani dan bertanggungjawab. Tidak ada sebab-sebab syari'e (yang dibenarkan dalam Islam) bagi membolehkan saudari berbuat demikian. Dari sudut kesihatan, pengguguran mempunyai beberapa implikasi:
1. Komplikasi fizikal seperti jankitan, kerosakan pada uterus, ketidaksuburan, kenaikan risiko gugur (miscarriages) di masa depan, kelahiran tidak cukup bulan dan penambahan risiko barah payudara. Pengguguran tidak sempurna (incomplete abortions) juga berlaku, banyak cerita sedih dan pilu dari mereka yang mengalaminya.
2. Komplikasi psikologi juga lazim dialami wanita-wanita yang memilih pengguguran. Ini termasuklah tekanan (depression), rasa rendah diri, serangan kerisauan (anxiety attacks) dan pergeseran hubungan peribadi.
3. Kesan jangka panjang termasuklah sesalan dan kesedihan. Proses pemulihan selalunya memakan masa dan boleh menekan perasaan. Adalah lazim wanita akan dihantui penyesalan.

2. Pilihan yang paling bertanggungjawab ialah dengan berhadapan dengan kenyataan. Samada saudari memilih untuk memberitahukeluarga tentang kehamilan, itu terserah kepada keterbukaan ahli keluarga mengikut penilaian saudari. Masalah perbezaan usia tidak relevan kerana ianya sentiasa konstan, 5 tahun dari sekarang, perbezaan usia antara saudari berdua tetap sama. Apakah keluarga boleh menerima menantu atau ipar yang berusia 35 tahun sekiranya saudari bercadang berkahwin pada usia 24 tahun? Halangan-halangan yang saudari sebutkan adalah tanggapan (perceived obstacles) semata-mata, memang ada baiknya saudari menyediakan minda untuk berhadapan dengan persoalan-persoalan dan cabaran dari keluarga, tetapi ia tidak seharusnya menjadi penghalang. Kesediaan teman lelaki bertanggungjawab dan kemampuannya menyara keluarga adalah suatu yang positif dan perlu ditekankan dalam perbincangan dengan keluarga. Memang, berkahwin pada usia muda dan apatah lagi ketika masih menuntut mempunyai cabaran-cabaran yang tersendiri. Dan kita boleh terokai persoalan ini sekiranya saudari memilih jalan penyelesaian ini.



Kami mendu'akan kesejahteraan saudari dalam mengharung hari-hari yang mendatang, dan semoga Allah membantu dan membimbing saudari menjadi muslimah yang solehah.



Amir Razelam,Lembah Silikon. Cupertina, CA, USA

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..

untuk tatapan saudari....saya baru melalui apa yg sdg saudari alami...benar kata saudara amir razelan,
jalan mudah yg saya ambil tak berhenti disini sahaja....kini saya menanggung penderitaan...mungkin seumur hidup tak kn hilang perasaan salah saya ini...
apa yg terjadi pd saudari, itu juga berlaku kpd saya.mudahnya dia meminta sy lakukan segalanya,akhirnya sy seorang yg menanggnug penderitaan ini, entah apalah nasib sy dimasa hadapan...
dia ada dengan saya, tapi di saat sy menanggung derita, dia sekadar bertanya khabar, menjenguk pun tidak....
apa yg telah saya lakukan sering terbayang..sesalan yg sy alami ini tak siapa pun tahu..hingga kini tersenyum pun saya tak mampu...segala kegembiraan dan nikmat hidup terasa seolah hancur berkecai..segalanya salah saya sendri
mungkin menyesal pun tak guna, saya malu pd semua, sy juga malu pd diri sendiri..
jangan lah saudari lakukan spt yg saya lakukan...janganlah hancurkan hidup saudari.