Shah Alam 24 April 2008.
Beberapa orang AJK WJIM Pusat telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat exco Selangor YB Rodziah Ismail yang menjadi pengerusi jawatankuasa tetap kebajikan dan kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi.
Rombongan Wanita JIM Pusat diketuai oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj(Ketua Wanita), diiringi oleh AJKPW, Ir Endok Sempo Tahir(Unit Media dan penulisan), Puan Rosmawati Zainal (Raudatus Sakinah) , Puan Anfal Saari (Pendidikan Aulad), Cik Nazirah (SU eksekutif), Cik Khadijah Azman (Corpoarte Comm). Turut serta ialah Ketua Wanita JIM Petaling , Prof Madya Wan Norainin dan Prof Madya Fauziah Arshad.
Dr Harlina sedang menerangkan sesuatu mengenai plan memacu agenda untuk wanita Negeri Selangor dan memberikan cenderamata dari wanita JIM
Antara tajuk perbincangan:
1. Wanita JIM memberikan taklimat :
a) Mengenai cadangan dan harapan wanita JIM sebelum PRU12 dan selepas PRU 12 terutama 6 tuntutan itu
b)Penglibatan WJIM dengan CSW di New York terutama untuk mempelopori agenda Pro Family Vs Feminism
c) Image building of a 'different kind' of a women exco and her family, as an EXCO - as wife and a mother untuk dijadikan contoh dan inspirasi wanita, satu contoh kehidupan yang simple bukan seperti status quo yang sangat mewah dan berlebihan
d)Sistem sokongan keluarga yang perlu diberi perhatian kepada nya.
Maklumbalas dari YB Rodziah:
1. Pembentukan think thank wanita Selangor yang terdiri dari berbagai latarbelakang NGO dan Wanita JIM akan di jemput sebagai wakil NGO dan juga wakil professional
2. Mengenai tuntutan wanita JIM agar memberikan elaun suri rumah RM200.00 , kerajaan negeri akan melaksanakannya setelah mengambil kira keadaan ekonomi negeri pakatan rakyat yang lain. Selangor tidak boleh bertindak sendirian, kerana ia akan melibatkan negeri negeri pakatan rakyat yang lain.
3. Beberapa projek kemasyarakatan untuk wanita, OKU, warga emas dan anak anak terpinggir, PEMALIK
3. Bagaimana merapatkan jurang kehidupan dan ekonomi antara kawasan bandar dan kampung-kampung
4. Projek Toy library di kawasan kampung dan pendalaman - telah ada syarikat korporat yang bersedia untuk berikan fund
5. Projek modal Insan - juga ada syarikat yang boleh sponsor program
6. Memulihkan dan memanfaatkan bangunan Balkis yang super mewah serta penglibatan yang optimam isteri menteri besar bersama WJIM dalam aktiviti balkis
7. Wanita JIM perlu fokus sesuatu projek dan perlu bertindak cepat untuk menyediakan plan tindakan agenda wanita yang akan dibentangkan pada sidang ADUN 21 Mei 2007.
8. Tindakan seterusnya nanti akan mengambil kira input dari perjumpaan dalam sesi brainstoring bersama beberapa NGO yang akan diadakan pada hari esok Jumaat 25 April 08
No comments:
Post a Comment