Monday, May 05, 2008

Gotong Royong Raudhatus-Sakinah Johor


1-3 Mei 2008, Kempas, Johor Baru.

Raudatus Sakinah cawangan Johor telah memulakan operasi pertamanya dengan Program Gotong Royong membersihkan rumah sebagai pusat RS di Johor Baru.Sesuai dengan keputusan menubuhkan cawangan keempat Raudhatus-Sakinah (RS) di Johor, tapak RS Johor telah diperolehi apabila keluarga Cikgu Shaharum, bapa kepada Prof Dr Mohd Hatta Shaharum (mantan Presiden JIM yang kedua) yang juga seorang sasterawan dan ahli sejarah yang terkenal di Johor, membenarkan rumah keluarga mereka di Kempas digunakan tujuan tersebut.

Rumah tersebut - "Gapura Sastera" - sebelum ini juga menjadi sebagai sebuah muzium sastera Melayu menempatkan koleksi buku-buku Melayu dan pelbagai arca dan monumen yang dibina oleh Cikgu Shaharum melambangkan penulisan-penulisan nya, perjalanan-perjalan annya serta peristiwa-peristiwa penting sepanjang lebih kurang 50 tahun lepas.

Pada 1-3 Mei 2008 satu usaha gotong-royong awalan bagi mengemaskan rumah tersebut dan kawasan laman sekelilingnya telah dijalankan. Turut turun ialah Prof Hatta dan adik bongsunya sdr Mustafa Kamil serta keluarga mereka berdua. Di antara kerja-kerja yang dijalankan termasuklah mengeluarkan dan membuang barangan-barangan yang sudah rosak dan tidak berguna lagi; mengumpul buku, majalah dan gambar kepunyaan Cikgu Shaharum untuk dipindahkan ke arkib kelak; membersihkan kawasan laman rumah dan mengangkut sampah untuk dibuang ke tempat pembuangan.

Foto-foto ini merakamkan kerja-kerja yang dilakukan pada petang cuti Hari Pekerja pada 1 Mei 2008.
Lebih banyak foto telah dimuatnaikkan ke Portal JIM Media Johor di alamat http://jimjohor. multiply. com.
Ainullotfi bin Abdul Latif
YDP JIM Johor

No comments: