Monday, May 12, 2008

Tekad Hari IBU - Kurangkan pembaziran, lebihkan perkongsian dan hidup sederhana

Sebahagian dari peserta yang hadir

Lori Alam Flora sedang memunggah bahan bahan buangan untuk di kitar semula

Bergotong royong menanam anak pokok Damar minyak, Timbalan Ketua Wanita dan ketua wanita Daerah

Che Asmah melancarkan tabung alam sekitar RM1.50 satu


Sebahagian pesera yang masih setia menunggu untuk bergambar bersama sama


Kuala Lumpur 11 Mei 2008.

”Kesedaran untuk mencintai alam sekitar dan usaha mengurangkan pencemaran dan kerosakan yang berpunca dari tangan manusia sendiri masih kurang mendapat perhatian serius umat Islam di negara ini. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan isu penjagaan alam sekitar belum dijadikan agenda utama dalam perancangan strategi organisasi-organisasi Islam di negara kita. Oleh itu Wanita JIM memberikan fokus kepada peranan dan sumbangan besar yang boleh dimainkan oleh para ibu dalam memastikan penjagaan alam sekitar bermula di rumah.


Keprihatinan terhadap isu alam sekitar mestilah menjadi budaya dalam kehidupan setiap keluarga dan kelompok masyarakat. Nilai dan penghargaan yang tinggi kepada suasana alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar mestilah disemai dari alam kanak-kanak lagi. Ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap anak-anak mereka dalam membentuk sikap yang betul dan keprihatinan yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar”.


Demikian antara isi ucaptama Ketua Wanita JIM yang dibacakan oleh Timbalannya Puan Che Asmah binti Ibrahim yang juga merupakan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor semalam semasa perasmian Hari Ibu Wanita JIM semalam.


Wanita JIM Pusat dengan Wanita JIM Selangor menganjurkan sambutan Hari ibu pada tahun ini secara sederhana di Taman Botani Putrajaya. Sambutan pada tahun ini bertemakan ’Kasih Ibu Cintai Alam Sekitar’ Mesej yang disampaikan untuk diamalkan ialah kurangkan pembaziran, lebihkan perkongsian dan hidup sederhana (consume less, share more and live simple.


Seramai lebih kurang 60 orang ahli Wanita JIM (ibu dan anak-anak remaja) yang mewakili daerah seluruh negeri Selangor dan Kuala lumpur telah hadir untuk memeriahkan program yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehinggalah ke tengahari. Antara acara yang menarik ialah program riadah pagi, kuiz untuk peserta meneroka dan mengenali nama nama unik pelbagai tumbuhan alam tumbuhan yang terdapat di beberapa taman taman mini di Taman Botani tersebut, pelancaran tabung dan pamplet amalan alam sekitar.


Tabung Alam sekitar dijual pada harga RM1.50 akan diedarkan keseluruh negara untuk dijual oleh setiap ahli Wanita Jim negeri dan dearah. Tabung ini boleh didapati Wanita JIM Pusat dan Wanita JIM Selangor. Pamplet boleh didapati percuma dan boleh di download dari web site JIM untuk di cetak dan diedarkan ke seluruh nnegra. Wanita JIM negeri di minta untuk melaksanakan program yang sama di setiap daerah masing masing.


Program diakhiri dengan acara menanam anak pokok ’Damar Minyak’. Sebanyak lebih 40 anak anak pokok Damar Minyak (nama botani Agathis Borneensis) telah disumbangkan oleh Jabatan Hutan telah dibahagi –bagikan kepada setiap daerah, satu daerah mendapat 4 anak pokok. Para peserta juga di berikan taklimat bagaimana kaedah menanam anak pokok ini menggunakan tanah yang sesuai.

Laporan oleh Endok Sempo

2 comments:

blissmuslimah said...

salam, mohon izin utk sedikit iklan. Why do u need to pay for:
1) petrol.
2) parking fees.
3) time spend in traffic jam.
4) sweat!

when you can do it easily at home with many advantages:
1) costly effective!
2) latest designs and colors of item.
3) shop at ease.

check our item at http://blissmuslimah.blogspot.com

ustaz hafizan said...

"Anak kucing itu digigit oleh ibunya, di leher...di bawa dari bawah rumah, naik tangga, terus panjat almari...beberapa kali ibu itu meletakkan sekejap anak itu di atas lantai, sebelum gigit semula... penat agaknya... anak kucing terkulai manja dalam gigitan ibunya... ibu kucing sayang anaknya...tapi bila besar, anak kucing itu tinggalkan ibunya sendirian.. kekadang dalam pergaduhan, anak kucing yg dewasa itu gigit pula ibunya.. gigitan yg melukakan..."