Friday, October 31, 2008

Wakaf buku untuk RS di alu-alukan

Dipaparkan lagi selingkar kisah sbg perkongsian dan renungan.


“KAMI yakin pintu taubat masih terbuka. Kami berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk seperti berzina, hisap dadah, menjadi perempuan simpanan dan mengandung di luar nikah. Kami harap Raudhatus Sakinah ini akan menjadi saksi terhadap janji kami untuk kembali ke jalan yang lurus dan benar.”


Demikianlah…ada antara penghuni yang sudah berusia 20 tahun tetapi tidak tahu mengerjakan solat malah tidak pernah berpuasa. Ada juga yang benci pada suara azan dan alunan ayat suci al-Quran hingga sanggup menutup TV suatu ketika dulu…

Kunjungan penulis ke pusat jagaan, pemulihan akhlak dan rohani kelolaan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Raudhatus Sakinah di Shah Alam Selangor telah menimbulkan pelbagai perasaan,

Temubual dengan sebilangan penghuni mengenai peristiwa yang membawa mereka ke situ begitu menyebakkan dada. Ada juga kisah yang sukar dipercayai, bagai menonton filem yang merakam kehidupan sebenar di luar layar.

Tetapi rata-rata mereka datang dari keluarga porak peranda dan ada pula yang dipelihara oleh keluarga angkat. Kebanyakan penghuni diserahkan oleh keluarga kerana kegagalan mengawal dan mendidik.


Bagaimana kita boleh membantu anak-anak remaja ini kembali ke pangkal jalan?


Salah satu ruang ialah dengan mewakafkan buku-buku agama untuk mengisi perpustakaan di RS Johor, sekaligus mengekalkan Gapura Sastera (rumah RS Johor) sebagai gedung ilmu. Antara judul buku-buku yang diperlukan ialah:

  • Aqidah Islam
  • Apa Erti Saya Menganut Islam
  • Asas2 Islam
  • Bimbingan Mukminin
  • Pekerti Muslim
  • Sirah Sahabat
  • Fiqh Wanita
  • Buku2 ‘Basic Islamic Knowledge’ yang lain
  • Majalah2 Islamic spt Anis, Ana Muslim, Asuh dsbnya

"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannya. " (Hadis Riwayat Muslim).

Kita mungkin tidak mampu beramal jariah melalui penulisan, apatah lagi dalam bentuk penyampaian ilmu. Maka kaedah wakaf buku ini membuka peluang kepada orang ramai berkongsi amal jariah supaya ilmunya akan dimanfaatkan secara berterusan sehingga ke hari kiamat.

Wakaf buku ini boleh dilakukan melalui 2 cara:

1. Mewakafkan sebahagian dari koleksi buku yang ada di rumah2.

2. Memberi wang tunai untuk pembelian buku berkenaan. Nyatakan tajuk buku yang ingin dibeli dan diwakafkan.

Sumbangan tunai boleh dimasukkan ke akaun berikut:

Bank Muamalat

0108 000017 7710

WANITA JIM JOHOR

Smskan sumbangan kepada:

Pn Solehah 019 7205860,

Bendahari Wanita JIM Johor

Manakala sebarang pertanyaan lanjut untuk projek wakaf buku ini sila hubungi saya sendiri.

Muga Allah menerima amal kita yang sedikit dengan ganjaran dan keampunan yang berlipat kali ganda.

” Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” (Surah Ali Imran - Ayat 92)

Wallahualam.


Sumilah Marto,

Timb Pengerusi RS Johor,

bp AJK Pengurusan RS Johor.

1 comment:

Wanita JIM Mekar Ceria said...

Dikongsikan sedutan catatan tinta seorang sukarelawan RS:
--------------------------------------------------------------------------------
“Antara pelatih yg sempat aku temui, Ira (bkn nama sbnr) berusia 15 thn dan ditempatkan di RS krn ditangkap khalwat di sebuah hotel. Ira hampir genap setahun tinggal di RS. Dura (bkn nama sbnr) 23 tahun dimasukkn ke RS krn gejala murtad. Yaya (bkn nama sbnr) 20 thn tlh selamat melahirkan seorg bayi lelaki yang kini tlh diserahkan kpd sebuah keluarga angkat. Apa yg cukup mengagumkan aku, stlh mereka dimasukkn ke RS, begitu besar perubahan pd diri mereka. Setiap hari mereka akan bangun seawal jam 3.30 pg utk Qiamullail, puasa sunat isnin dan khamis tidak pernah ditinggal dan tadarus al-Qur'an. Rata2 shbt2ku mengagumi perubahan mereka tmasuk shbt2 rijal. Bg mereka, wpun pelatih2 ini pernah mbuat kesilapan... tp mereka lbh baik dr wanita2 di luar sana yg masih bergelumang dgn dosa. Sekurang2nya mereka telah btaubat.

Harapanku, masyarakat tidak memandang hina mereka ini kerana tanpa sokongan kita, sukar utk mereka meneruskan perjuangan mereka di Raudhatus Sakinah. Moga sinar hidayah terus menerangi hidup mereka...Amiin. ..”