Agenda dan penceramah berjaya menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai isu Palestine. Rakyat harus /wajib menyokong perjuangan rakyat Palestine yang mengidamkan dan bercita- cita untuk merdeka dari cengkaman Yahudi yang zalim. Alhamdulilah ramai wanita JIM berserta keluarga dan anak-anak hadir. Menurut pemerhatian saya ada lebih kurang 10,000 orang memenuhi stadium yang datang ke rapat umum itu.
Sila browse youtube ini (http://www.youtube.com/watch?v=DzXjYekmxE8&feature=related). Atau taip sahaja search dalam Youtube..” Rapat UMUM Palestin”…. Dapat semua InsyaAllah. Sempat tengok Al-Jazeera PETANG SEMALAM buat coverage yang agak baik….
Penceramah jemputan rapat umum ini datang dari pelbagai pergerakan umat Islam seperti, Akhi Naji dari Gaza, Ustaz Mujahid dari PAS, Yusri dari ABIM, Ustaz Abdullah Zaik dari ISMA, Zambri Kadir dari UMNO, dengan Ustaz Shahruzaman sebagai penterjemah terhadap ucapan Akh Naji dari Gaza. Manakala yang hadir terdiri dari pertubuhan NGO Islam seperti ISMA, HALUAN, JIM, UMNO, internet NGO dan lain-lain. Manakala dan IPTS, IPTA menghantar student dalam bas, tak silap lebih 10 bas." Kami akan MENANG!SEHINGGA KINI KAMI MASIH BERTAHAN DAN TIDAK AKAN UNDUR KERANA:
- Kami yakin (thiqah) kepada Allah dan percaya bahwa JANJI ALLAH DAN RASULNYA adalah Benar!
- Kami adalah golongan yang cintakan syahid, kami cintakan mati sebagaimana kami cintakan kehidupan.
- Kami thiqah kepada orang-orang Islam. Kami yakin orang-orang Islam akan bersama-sama kami. Akan menolong kami dan akan memberikan bantuan yang terbaik kepada kami, satu agama satu pegangan".
Presiden ABIM, akhi Yusri bercakap juga menarik:
“Kita disini berkumpul bukan untuk marah, bukan untuk melepas geram, tetapi kita berkumpul kerana kita mengharapkan rahmat dari Allah, kita memohon dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada HAMAS dan rakyat Palestine” …….
Wakil PAS, Akh Mujahid Yusof RAWA tak kurang juga hebatnya…
“Kita berkumpul untuk Palestine, lupakan perbezaaan ideology dan perbezaaan pendapat dan pemikiran, isu kita disini adalah isu Palestine, kita wajib menyokong setiap perjuangan Palestine..”…..
Stadium bergegar dengan sahutan Allah Akbar, Hancur Yahudi! Hancur Israel!, seram gak bulu roma. Bila melihat ramainya orang yang datang bersemangat, lengkap dengan uniform, ada yang seragam, ada yang memakai vest dari organisasi masing-masing, banner, posters dan lain. Bendera palestin berkibar-kibar megah,terasa seolah olah berada dalam program di rapat umum PKS (Indonesia) pulak!
Berpuloh ribu dapat dikutip dari para hadirin yang hadir.
Semasa melangkah keluar ada acara menarik, acara melontar kasut ke gambar bush dan acara memijak gambar bush....
Semoga Allah mengampuni kita dan rahmati kita semua.HIDUP PALESTINE, HANCUR ZIONIST ISRAEL LAKNATULLAH
Laporan:
Endok Sempo Mohd Tahir

No comments:
Post a Comment