Tuesday, February 03, 2009

Training for Trainers (TOT) Asuh Fitrah

Program Training for Trainers Asuh Fitrah telah dilaksanakan pada 31 Januari 2009, Sabtu, di Pusat Komuniti JIM. Program ini telah dihadiri oleh seramai 17 orang peserta dan 3 orang merupakan undangan khas daripada Puan Rosnah yang merupakan rakan trainer dari Persatuan Pengasuh.
Objektif utama TOT ini adalah untuk melahirkan lebih ramai tokoh atau aktivis yang mampu menyampaikan ceramah atau mengendalikan bengkel keibubapaan bagi umur 0 - 6 tahun.
Modul Asuh Fitrah adalah ceramah keibubapaan untuk anak-anak awal usia (0-6 tahun). Modul yang disusun dan dimurnikan oleh Puan Rosnah Ahmad ini telah digunakan dalam program berbentuk Bengkel atau Seminar dalam tempoh dua tahun lepas.

Berikut adalah rakaman foto sepanjang program sehari tersebut.

Laporan:
Anfaal Saari
JK Aulad & Pra Sekolah

No comments: