Wednesday, January 21, 2009

SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN

Gaza terus digempur. Body count-semakin bertambah. Yang syahid Allah telah janjikan kebahagiaan abadi di syurga. Yang tinggal di Gaza, menanti-nanti saat mati penuh semangat juang, bukannya ketakutan dicabut nyawa saat hidup mewah dgn keduniaan yang sementara.

Kita di sini, bagaimana? Saudara kita di Palestin tidak perlukan jasad-jasad kita di sana untuk menyertai pertempuran ini-bahkan kalau kita turut serta-dengan kurang pengalaman, kepakaran, persediaan dan yang paling penting kurang daya semangat jihad, kehadiran kita pastinya akan menyusahkan mereka! Mereka perlukan satu manifestasi sokongan kita, menunjukkan kebersamaan yang padu atas dasar iman fillah!

Alhamdulillah, pada 16 Januari 2009, Jumaat, telah berlangsung satu program SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN yang julung-julung kali diadakan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam. Syabas diucapkan kepada YDP JIM Sabak Bernam, Ustaz Hanifuddin Roslan, Ustaz Asmadi, Ustazah Kartini dan ahli-ahli JIM Sabak Bernam yang telah berusaha gigih menjayakan program anjuran bersama Badan Dakwah Sabak Bernam, Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam, Pejabat-pejabat kerajaan & NGO Islam Sabak Bernam.

Program ini telah dihadiri sekitar 500 - 700 orang penduduk Sungai Besar di mana sesi Forum telah membariskan empat ahli JIM :

1. Moderator : En Ghulam dari Teluk Intan (JIM T.Intan)
2. Prof. Madya Dr. Hafidzi (PACE)
3. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (UPM)
4. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj ( Ahli Majlis MDSB, JIM & UKM)

Sedikit kelainan - Dr.Taufiq dibawa khas utk. address isu Gaza pada kaum Tionghua. Walaupun dah personally minta ahli majlis berbangsa Cina war-warkan dan buat dua banner besar dalam bahasa Cina, hanya ada SEORANG pakcik Tionghua yang hadir dicelah-celah hadirin. Jadilah, paling tidak, hadirin Muslim yang datang dapat mesej tu - Isu Gaza perlu keprihatinan semua, Muslim dan Non Muslim. So, Prof. Dr Taufiq sempat cakap beberapa line sahaja dalam bhs Cina, lepas tu dia elaborated dari segi perbandingan keganasan yang dilakukan oleh Zionis -masuk juga topik penggunaan senjata kimia ( memanfaatkan kepakaran beliau sebagai Professor in Chemistry)

Pengisian Dr. Hafidzi, macam biasa memang memukau! Dengan ayat-ayat Al-Quran yang dilontarkan bertalu-talu kepada hadirin, jelas bahawa kempen Palestin, bukan sekadar bermodalkan buaian emosi - tapi lebih kepada penjelasan fakta dan pencerahan kefahaman.

Di akhir program, Dato' Orang Kaya Daerah Dato' Bahrin mengumumkan kutipan sumbangan sebanyak RM10,021.60! Alhamdulillah, bangga menjadi ahli majlis MDSB-berkhidmat utk. rakyat luar bandar yang begitu prihatin.

Ya Allah, terimalah jihad yang amat kecil ini jika dibandingkan saudara-saudaraku di Gaza. Sampaikan khabar ini kepada mereka-bahawa kami akan sentiasa bersama dalam perjuangan ini!

Laporan:
PM Dr Harlina Halizah Hj Siraj

No comments: