Tuesday, May 12, 2009

Hi-Tea Jalinan Mesra bersama Wanita JIM Gombak

10 May 2009 : Bertempat di 4Sisters Shoppe, alhamdulillah, satu majlis Hi-tea bersama badan-badan pertubuhan wanita Islam di Gombak telah selesai diadakan. Tujuan Hi-Tea diadakan adalah untuk kenal mengenal antara satu sama lain, memulakan kerjasama yang lebih erat dan memperkenalkan JIM dan aktiviti WJG yang terdekat.
Alhamdulilah kehadiran memberansangkan (2 wakil setiap pertubuhan). Wakil-wakil badan pertubuhan yang hadir adalah, HELWA ABIM, MUSLIMAT PAS, Nisa', PKR, WIRDA, HELIKS, PERKIM, HALUANITA ,MUSLEH dan Wanita UMNO.
Ketua Wanita JIM Gombak menyampaikan amanat yang menyentuh mengenai tujuan majlis diadakan, petikan "press conferance" Ketua Wanita JIM Pusat tentang hari wanita dan Palestine. Diikuti dengan "slide presentation" memperkenalkan JIM, Wanita JIM, barisan serta aktiviti WJG.
Kemudian KW wanita menyampaikan sedikit cenderamata kepada tetamu jemputan (bag JIM yang mengandungi brosur2 JIM, buku pelestine (terima kasih para! penderma), buku "kutemui jalan pulang" - terima kasih RS).
Bersempena Hari Ibu, sempat kami bergambar beramai-ramai dengan "homemade" kek hari ibu. Usaha ini diharapkan akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara kami. Semoga hati-hati yang hadir dapat memahami dan menghayati ayat-ayat yang diperdengarkan dipermulaan majlis, Ali Imran : 102 -108. Majlis disudahi dengan doa rabitah dan jamuan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada 4Sisters Shoppe yang mengizinkan kami menggunakan tempatnya untuk Hi-Tea ini (sambil menyelam minum air, sambil berHi-Tea sambil promosi, sebab tu kalau perasaan, jemputan membelakangkan baju-baju jualan, bukan apa takut kalau menghadap, "concentration" kelain pula!).
"Selamat Hari Ibu" kepada para ibu yang istimewa ini.

No comments: