Monday, May 18, 2009

Karnival Sukan Wanita JIM 2009

17 Mei 2009, Alhamdulillah berakhir sudah Karnival Sukan Wanita JIM 2009 yang diadakan di Padang SK Tmn Universiti 4. Kehadiran hampir 300 orang peserta telah memeriahkan sukan tersebut. Karnival sukan ini menggabungkan ahli Wanita JIM, Kelab Kanak-kanak Islah, Kelab Remaja JIM , dan beliawanis dari Kelab Belia JIM. Objektif utama adalah mengeratkan ukhuwah dan memperkenalkan JIM.

Terima kasih kepada YDP JIM Johor yang telah merasmikan Sukan Wanita JIM 2009, terima kasih juga kepada KW JIM Johor. YDP JIM JB, AJK JIM Johor, AJK WJIM Johor, AJK JIM JB, AJK WJIM JB, JIM Pasir Gudang, KRJ JB dan KBJ JB yang telah hadir dan sama-sama membantu kami menjayakan Karnival Sukan.



TAHNIAH kepada Pasukan Taman Pulai Utama & UTM yang berjaya menjadi juara keseluruhan Karnival Sukan Wanita JIM 2009 dan membawa pulang Piala Pusingan KW JIM Johor.

Seramai 53 orang kenalan baru dari kalangan wanita dewasa berjaya di bawa oleh akhawat, remaja dan juga kanak-kanak. Semoga 53 orang ini terus di follow up oleh para akhawat untuk terus bersama dalam program-program JIM yang akan datang.


Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan Karnival Sukan Wanita JIM 2009.


Laporan:
Rafidah Mahat
SU WJIM JB

No comments: