Alhamdulillah, KEM I Love ISLAM Siri 2 telahpun melabuhkan tirainya. Program selama tiga hari bermula Isnin, 21 Disember 2009 sehingga 23 Disember 2009 dirancang khusus sebagai salah satu program untuk ahli dan bukan ahli Kelab Kanak-Kanak JIM Johor Bahru.
Seramai 58 orang kanak-kanak telah menyertai kem ini yang kebanyakkan daripada mereka adalah anak-anak ahli JIM. Mereka dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap satu untuk yang berumur 6,7,8,9 dan tahap dua untuk yang berumur 10,11,12 tahun. Keseluruhannya seramai 26 aulad dan 32 banat.
Seterusnya, pada sebelah pagi mereka di bawa meneroka kehebatan ciptaan Allah. Penyampaian yang baik oleh Ukhtie Wan Shahimaizan (Gjang) dengan dibantu bahan multimedia mampu membuatkan peserta terpegun dan ada yang terpaku didepan screen. Ukhtie Gjang menunjukkan bagaimana mulanya penciptaan manusia dan bagaimana pembesaran di dalam rahim. Agaknya baru mereka boleh bayangkan bagaimana mereka itu dulu duduk dalam rahim ibu mereka dan akhirnya keluar menjadi bayi..Dan slot di akhiri dengan nyanyian lagu Demi Matahari beramai-ramai berserta dengan aksinya.
Setelah selesai makan tengahari dan solat Zohor berjamaah, program diteruskan dengan Slot ke2 iaitu mebuat ORIGAMI bertemakan Ciptaan Allah vs Ciptaan Manusia (untuk tahap satu) dan Kesempurnaan Ciptaan Allah (untuk tahap dua). Nilai yang ingin diterapkan di sini adalah bagaimana anak-anak kita ini mampu menggunakan kemahiran dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan beberapa origami berbentuk ketam (crab), pigeon, burung dan menyusun serta menambah grafik yang sesuai berlatar belakangkan haiwan-haiwan yang telah dihasilkan. Sesungguhnya " Ciptaan Allah adalah Lebih Baik Daripada Ciptaan Kami". Sudah tentu!. Nampaknya mereka boleh menghasilkan origami dan mengaitkannya dengan kehebatan ciptaan Allah. Dan seboleh-bolehnya setiap kumpulan ingin menghasilkan yang terbaik kerana slot menghasilkan origami ini dijadikan salah satu pertandingan antara kumpulan.
Membuat origami secara berkumpulan. ..susah juga yer..
Banat tahap dua dengan hasil origami kumpulan mereka.
Aulad tahap satu dengan hasil origami kumpulan masing-masing.
Banat tahap satu dengan hasil origami kumpulan mereka.
Laporan oleh:
Ummu Fathiyah
No comments:
Post a Comment