Tuesday, December 15, 2009

Seminar Memperkasakan Peranan Wanita

Alhamdulillah, seminar Memperkasakan Peranan Wanita telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Disember 2009, mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di D Impian Inn, Parit Raja, Batu Pahat. Seramai 110 orang peserta telah mendaftarkan diri yang terdiri daripada wanita JIM Muar, Segamat dan Batu Pahat, HELWA, PUSPANITA, MAWAR, LKPI, WI dll. Turut serta adalah Ketua Wanita JIM Kluang dan Timbalan Ketua Wanita JIM Muar. Seminar telah dirasmikan oleh Pengerusi HELWA, Puan Hjh. Saadah bte Awang.
Sebanyak 5 buah ceramah telah disampaikan dan dibincangkan iaitu:
1. "Wanita Solehah dalam Cabaran Arus Global" oleh Dr. Hjh. Roselainy Abd. Rahman

2. "Wanita Pembentuk Anak-anak bersahsiah Cemerlang" oleh Pn. Hjh. Rosmawati Zainal

3. "Wanita dan Isu Guaman" oleh Dr. Hjh. Noraini bt. Hashim (UIAM)

4. "Wanita sebagai Perancang dan Pengurus Kewangan Keluarga" oleh En. Abd. Razak Jaafar (BIMB)

5. "Wanita dan Kerjaya" oleh Dr. Hjh. Khairul Sozanna Nor bte Kamarudin (KWJJ).

Yang Di Pertua JIM Batu Pahat, PM Dr. Hj. Khalid Hasnan telah menyampaikan ucapan penutup.
Semoga program ini menjadi titik tolak jalinan kerjasama antara NGO untuk bersama membangunkan masyarakat, khasnya di Batu Pahat ini.
Dilaporkan oleh:
Sa'adiah Mohamed
Ketua Wanita JIM Batu Pahat.

No comments: