Assalamualaikum warga
Saya rasa sungguh sedih, marah, kecewa, bimbang yang amat sangat, dan macam-macam lagi yang bermain dalam fikiran saya. Saya buntu untuk mencari jalan keluar.
Saya ada seorang anak saudara, satu-satunya perempuan dalam keluarga saya. Manakala yang lainnya semua anak saudara lelaki.Niece umur 5 tahun. Niece saya ni mengadu kepada ibunya(adik saya) bahawa cousin boy (CB) nak sambung 'burung' dengan 'pepek' dia. Mujurlah niece tak mau. Sejak peristiwa itu, adik saya mengawasi dengan ketat pergaulan CB dengan niece.
Hubungan kami adik-beradik sangat rapat, maka hubungan anak-anak saudara sesama mereka juga rapat. CB adalah anak tunggal dari abang saya.Umur 10 tahun. Dia selalu rasa keseorang di rumah dan minta dihantar ke rumah nenek(ibu saya) yang juga didiami adik saya. Saya sangat sayangkan niece seperti anak sendiri kerana saya tak ada anak perempuan.Saya tidak ingin jika terjadi sesuatu yang buruk kepada niece.
Semalam CB datang lagi ke rumah nenek. Senyap-senyap CB mengajak niece buat benda yang sama. Kalau dulu dia menggunakan perkataan "sambung burung dengan pepek", sekarang CB dah pandai menggunakan perkataan F**K. CB nak bawa niece ke dalam tandas, tapi niece tak mahu.
Sebelum kejadian ini adik saya memang telah mengajar niece agar tidak membenarkan sesiapa pun melihat maupun menyentuh 'pepek' niece,walaupun bapa dan abang niece sendiri. Niece jenis yang periang dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Petah bercakap, kekadang macam mak nenek.
Walaupun setakat ini kejadian buruk belum terjadi. Saya dan adik bimbang kalau CB bertindak lebih jauh dengan menggunakan kekerasan Nak bagitahu abang perkara ni, kami takut abang tak boleh terima Maklum saja anak tunggal kesayangan. Lagipun abang saya ni panas baran. Takut memikirkan tindakan abang. Takut juga disebabkan hal ini kami adik-beradik menjadi renggang. Rasa sungguh serba salah.
Saya malu nak minta pandangan dari sanak-saudara yang lain, kerana CB dan niece macam anak sendiri juga. Bimbang hal ini akan mengaibkan keluarga saya.
Saya tak faham macam mana budak lelaki umur 10 tahun boleh berfikiran seperti orang dewasa. Saya juga punya anak lelaki umur yang sama, tapi belum 'advance' seperti CB. Tunjukkan saya jalan keluar untuk menangani masalah ini. Ini melibatkan masa depan niece dan CB juga.
Siti Hawa.
Jawapan:
Pandangan 1( dari Dr Surya Osman)
Bagi Kak Su mungkin mak ayah susah sikit nak approach ini but I do teach it myself. umur 10 tahun dah cukup untuk beritahu tentang sex. Kalau ada binatang eg kucing dan anjing and ayam, anak anak akan nampak sendiri dan bertanya, then it is easy to tell them what is happening. Di rumah ada gambar rajah of the sex organs, it is from an encyclopedia, senang kita guna diagram untuk tunjuk. BE matter of fact dan truthful and objective when talking about it. Discuss also the dangers of engaging in sex before we are ready. FYI Wanita JIM ada modul kesihatan reproduksi remaja (MKRR) yang mungkin boleh dijadikan panduan. Sila hubungi wanita JIM di 03-41073379, salam dari. Kak Su.
Pandangan 2: (dari kak endok)
Dalam pada Ibu bapa perlu diberitahu perkembangan terakhir anaknya yang perlukan perhatian dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa juga perlu memberitahu anaknya bahwa perbuatan itu adalah salah dan boleh dihukum jika berlaku lagi kesalahan itu. Perlu ambil tindakan pencegahan awalan yang cepat agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Berhati hati sebelum terkena.
2 comments:
Tindakan yang agak keras juga perlu dibuat. Marah dan beri amaran keras kepada CB jangan buat perkara itu. Sekiranya tidak ditegur mungkin CB tak tahu perbuatan itu adalah kesalahan yang berat dan boleh membawa risiko yang lebih besar akan datang. Sekiranya CB mengadu kepada bapanya, kenyataan niece diperlukan sebagai saksi. Tindakan awal, lebih baik puan berbincang dengan keluarga CB sambil minum kopi. Nyatakan secara sindiran spt. "Saya bimbang tengok anak2 kita tu semacam jer (terlalu intim). Elok direnggangkan hubungan mereka"
Sekadar pandangan...Latip
Tindakan yang agak keras juga perlu dibuat. Marah dan beri amaran keras kepada CB jangan buat perkara itu. Sekiranya tidak ditegur mungkin CB tak tahu perbuatan itu adalah kesalahan yang berat dan boleh membawa risiko yang lebih besar akan datang. Sekiranya CB mengadu kepada bapanya, kenyataan niece diperlukan sebagai saksi. Tindakan awal, lebih baik puan berbincang dengan keluarga CB sambil minum kopi. Nyatakan secara sindiran spt. "Saya bimbang tengok anak2 kita tu semacam jer (terlalu intim). Elok direnggangkan hubungan mereka"
Sekadar pandangan...Latip
Post a Comment