Thursday, July 08, 2004

Kolokium Kalbu -2 , Proactif, Tajam akal & Perasa dan sensitif

PROACTIF DAN BERTENAGA VS LEMAH DAYA KERJA

Jika seseorang itu sihat KALBU nya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan.
Sebaliknya orang yang berpenyakit kalbunya, akan nampak kemundurannya dalam kemampuan nya bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TAJAM AKAL VS TUMPUL FIKIRANNYA

Orang yang sihat kalbunya nya mudah menerima kebenaran, tajam akalnya dan hati terangf dan sentiasa disinari cahaya kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)


Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.

JIWA YANG SENSITIF DAN PERASA VS KEMATU PERASAAN

Orang yang jernih kalbunya rohaninya pula amat mudah terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah, tidak memiliki perasaan kematu perasaan, dan kelemahan zauq. Kematu perasaan terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit Kalbu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’
(Q.S. Rum, ayat 33)

No comments: