Puan Prof.
Assalamualaikum.
1. Suami saya jarang menunaikan solat sedangkan saya terlalu ingin mendekatkan diri dengan Allah SWT. Suami buat tidak tahu sahaja bila melihat saya ingin solat. Apakah hukumnya suami sebegini rupa ?
2. Suami sering keluar malam sebaik balik dari kerja. Saya cuba untuk mengambil hatinya namun dia tetap dgn rakannya diluar hingga jauh malam.
3. Yang paling saya kecewa teramat sangat suami ada simpan perempuan lain sedangkan sebelum ini saya tidak tahu perangainya sebegini rupa. Bila ditanya katanya 'tiada', padahal perempuan itu sendiri yang telefon saya mengatakan suami saya bermaksiat dengannya. Hati saya kini telah terluka atas perbuatannya.
4. Suami saya berjudi kadang-kala mabuk, dan macam-macam lagi. Saya berharap agar pihak tuan/puan sudi menyelesaikan masalah saya dan dengan cara bagaimana saya harus menegur suami saya. Sudah puas saya berlembut namun tidak berhasil. Mungkin suami saya belum menerima balasan dari Allah SWT disebabkan itulah dia lalai dan lupa di mana bumi dia dipijak.
5. Saya minta adakah ayat-ayat suci al-quran ataupun zikir harian yang boleh melembutkan suami yg panas baran, selalu tidak ada dirumah dan jarang bermesra dengan isterinya sendiri. tolonglah saya sebab saya ingin mengukuhkan rumahtangga yang telah dibina selama 4 tahun dan telahpun mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 bulan setengah.
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
1. Sebagaimana jawapan yang pernah saya berikan sebelum ini, isteri yang dizalimi dan tidak diberikan hak-hak yang sewajarnya, diberi pilihan sama ada bersabar atau menuntut fasakh. Kalau kita memilih untuk bersabar, walaupun ternyata suami tidak bertangungjawab, maka itu adalah pilihan kita sendiri, bukan Islam yang tidak memberi hak kepada kita.
2. Banyakkan solat sunat hajat, baca surah Ya Sin minta Allah lapangkan hidup kita. Amalkan zikir al-Ma'thurat pagi dan petang.
Prof Maznah Daud
No comments:
Post a Comment