Saturday, August 21, 2004

Isteri ke dua sama taraf isteri pertama?

Yang dihormati Puan Prof.

Saya adalah isteri ke dua, berumur 31tahun sudah mempunyai seorang anak lelaki berumur 10 bulan, kami sudah berkahwin selama 2 tahun. Masalah saya ialah suami saya selalu membandingkan saya dan isteri pertama nya. Saya merasa bahawa dia (suami) lebih menyayangi isteri pertama nya dari saya. Kalau begitu mengapa dia(suami) berkahwin dengan saya jika isteri pertama nya perfect seperti apa yang di katakan nya kepada saya?.
Untuk makluman pihak tuan/puan, saya menatangnya bagai minyak yang penuh.Tolong lah beri saya sedikit nasihat dan pandangan untuk saya menguatkan lagi semangat dalam berumahtangga dan segala macam dugaan ini.
Soalan saya:
!) Apa itu Poligami, dan apa hak saya sebagai isteri ke dua?
!!) Adakah hak anak saya sama dengan anak isteri pertama?
!!) Bagaimanakah caranya untuk saya mententeramkan perasaan saya dan rumahtangga saya?
!!!) Bagaimanakah yang di katakan suami yang adil?

Isteri kecewa

Jawapan:

I) Menurut kamus Dewan, poligami ialah amalan orang lelaki beristeri lebih daripada satu orang. Islam mengharuskan lelaki berpoligami dengan syarat ia mempunyai kemampuan untuk menyara isteri-isterinya dan sanggup berlaku adil terhadap mereka semua. Jika dia takut atau bimbang tidak dapat berlaku adil, maka hendaklah dia berkahwin seorang saja (lihat al-Quran surah an-Nisaa' ayat ke 3)
II) Hak anak dari semua isteri-isterinya adalah sama dalam semua aspek. Jika dia membezakan antara anak-anaknya, itu merupakan satu kezaliman yang dilarang keras oleh agama Islam.
III) Sentiasa berfikiran positif. Ingat apa yang terjadi adalah takdir untuk menguji sama ada kita bersyukur, sabar dan redha di atas ketentuanNya. Banyakkan istighfar dan berdoa. Segala kesusahan pasti berakhir dengan kesenangan. Yang benar pasti akan menang.
IV) Suami yang adil ialah yang menunaikan hak isteri-isterinya dengan saksama dari segi nafkah, giliran dan layanan yang baik.

Prof. Maznah Daud

42 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum wrb.
Maafkan saya,seandainya apa yg akan saya luahkan ini membuat anda marah.Itu bukan niat saya. Saya hanya mahukan keluarkan apa yg terpendam di hati saya sahaja.

Utk pengetahuan anda, saya telah di madukan tanpa pengetahuan saya.Amat perit rasanya.

Pada pendapat saya,kalau anda sudah tahu si dia sudah beristeri, kenapa pula anda sanggup utk berkahwin dgnnya.Mengapa sekarang merungut dgn sikap suami anda yg tak adil itu?Pernahkah anda terfikir betapa tertekannya jiwa isteri pertama itu apabila anda merampas suaminya?

Tindakan anda telah membuat isteri pertama itu merasakan dirinya telah diperdaya oleh suaminya.Keadaan ini, membuatkan dirinya, seolah taken 4 granted byher husband!

Tahukah anda...Perasaan isteri pertama sentiasa dlm kemurungan.Suami takkan tahu itu semua, seandainya wanita ini pandai menutup kesedihannya.

Maaf ye, bahasa saya kasar. Pada sesiapa yg dimadukan dan ingin meluahkan pengalamananda,sila saya di rsmilealot@yahoo.com.

Bukan niat saya utk mengundang musuh, tetapi saya ingin mendengar pengalaman wanita2 lain.Tak kiralah,isteri pertama, kedua,dll.

Anonymous said...

Opps...tak sengaja terhantar pulak comment saya.

Sebenarnya, saya belum habis nak comment ni. hehehe

Bersambung ...

Maklumlah, since saya pun dah dimadukan, boleh lah kiranya saya gunakan pengalaman anda sebagai pengajaran utk diri saya.

Kepada para suami yg berpoligami,saya juga sudi mendengar pandangan anda.Saya tidak mahu berdebat.Hanya mahu tahu mengapa anda tidak cukup satu isteri ?Apa alasan anda berpoligami?Tentu tidak semua lelaki yg berpoligami mempunyai alasan bahawa isteri mereka tidak sihat, kan? :)

Ok laaa...send ur msg to rsmilealot@yahoo.com.

Wassalam.

Anonymous said...

Opps...tak sengaja terhantar pulak comment saya.

Sebenarnya, saya belum habis nak comment ni. hehehe

Bersambung ...

Maklumlah, since saya pun dah dimadukan, boleh lah kiranya saya gunakan pengalaman anda sebagai pengajaran utk diri saya.

Kepada para suami yg berpoligami,saya juga sudi mendengar pandangan anda.Saya tidak mahu berdebat.Hanya mahu tahu mengapa anda tidak cukup satu isteri ?Apa alasan anda berpoligami?Tentu tidak semua lelaki yg berpoligami mempunyai alasan bahawa isteri mereka tidak sihat, kan? :)

Ok laaa...send ur msg to rsmilealot@yahoo.com.

Wassalam.

Anonymous said...

Assalammualaikum wrb.
Saya rasa soalan ini tidak dijawab dgn penuh.Si penyoal menanyakan soalan tentang kedudukan taraf isteri pertama, isteri kedua dan seterusnya, tetapi Dr hanya menjawab tentang soalan hak sama rata untuk anak sahaja.Boleh terangkan dengan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Sebagai perempuan yang pernah merasa kehidupan bermadu, saya rasa tindakan suami puan membezakan puan dengan isteri pertama adalah tidak adil sama sekali. Tujuan suami puan berbuat demikian mungkin untuk membuat puan cemburu dan supaya puan melayani suami dengan lebih baik daripada isteri pertama. Sebenarnya suami kita menyayangi semua isterinya, mungkin caranya tidak sama.
Untuk pengetahuan puan, semua isteri pertama mendapat manfaat sekiranya suami mereka bekahwin lain untuk kali kedua, ketiga dan keempat. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya menceraikan isteri pertama kerana bagi mereka isteri pertama adalah segala-galanya bagi si suami.
Bersabarlah menghadapi dugaan kehidupan bermadu kerana ianya tidak semudah yang disangka. Puan perlu lebih bersabar dengan karenah suami puan, proses memahami suami puan beserta keluarganya memakan masa dan hanya kesabaran dapat mengatasi segalanya. Berusahalah mengekalkan keharmonian rumahtangga puan.
Jangan biarkan suami puan berada dalam keadaan dilema memilih antara satu. Biar dia membuat keputusan dengan bijak. Beralah bukan beerti mengalah. Beralah bermaksud memantapkan hubungan antara kesemua pihak baik keluarga puan, keluarga isteri pertama dan suami puan sendiri. Tiada istilah merebut suami kerana di dalam Islam istilah poligami dibenarkan. Siapakah kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Beristighfar banyak-banyak semoga puan mendapat hidayah dan petunjuk dari Nya. Ingat ini adalah ujian dari Allah di dunia ini.
Saya adalah isteri pertama, madu saya telah diceraikan suami kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri kedua yang terlalu bebas membuat sesuatu perkara yang tidak disukai suami. Berkat kesabaran dan layanan baik saya, suami dapat membezakan antara intan dan kaca. Puan perlu bersabar dalam mengharungi hidup sebagai madu kerana itulah takdir puan yang telah ditentukan oleh Allah.

aza said...

assalamualaikum
maaf, saya tak bermaksud melukakan sesiapa. saya merupakan isteri kedua, saya agak tersinggung dga kata-kata seorang pegirim. jika isteri kedua dikatakan perampas maksud puan isteri-isteri nabi pun perampas. kami isteri kedua tidak berdoa siang dan malam fao semua ni adakala ada antara kami yang sedaya upaya menolak tetapi pihak lelaki pandai bermain kata atau langsung tidak mahu melepaskan. maklum lah perempuan lemah dengan pujuk rayu, dan jangan hanya salah isteri kedua isteri pertama kena tengok diri dia, kenapa suami dia cari insan lain. jangan ingat jadi isteri kedua lebih segalanya dan tidak tertekan, bila orang dapat tahu kami isteri kedua mereka akan mencemuh kami macam paun dan bila orang dapat tahu anda isteri pertama yang di madukan orang akan simpati. maaf di atas kata-kata saya ini ingat bukan puan saja yang bermadu di dunia ini dan berhati-hati bila berkata-kata.

Anonymous said...

aslmkm,
saya juga isteri kedua. memang benar bila sebut ttg isteri kedua, orang akan ingat yang buruk sahaja. mereka mengatakan kahwin kerana wang dan pangkat.
semua itu telah saya hadapi. Alhamdulillah, suami amat memahami dan cuba menenangkan fikiran saya. Memang ramai lelaki ingin memperisterikan saya, dari yang teramat kaya juga sederhana. Suami saya ini hanya orang biasa yang tidak punya apa apa. Namun saya teramat sayang padanya. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Setiap hari saya redha dgn pemberianNya. Tuduhan dan hinaan yang saya terima dari madu saya, saya halalkan. Semoga Allah meredhai hidupnya.

Anonymous said...

ASSALAMUA'LAIKUM...

Alhamdulillah, saya isteri kedua. Beza umur saya dan suami 'hanya' 18 tahun. Saya berkahwin ikhlas kerana Allah. Bukan kerana harta kerana saya juga berkerjaya. Perkahwinan yang sudah menjangkau 4 tahun ini memang terlalu banyak cubaan dan dugaan. Bukan sikit air mata yang mengalir tapi saya redha. Isteri pertama sukar menerima pada mulanya. Tapi alhamdulillah, berkat tolak ansur saya tanpa banyak mempersoalkan hak dan keadilan, kini isteri pertama sudah boleh menerimanya. Soal jodoh adalah urusan Allah. Segala yang terjadi adalah qada’ dan qadar-Nya jua. Itu yang saya yakin dan tawakal.

Para isteri pertama, percayalah…anda tetap yang pertama di hati suamimu. Anda jua yang istimewa di mata masyarakat. Para isteri kedua, kita bukan merampas…Cuma berkongsi kasih. Sungguhpun kita di hina, dicaci oleh setiap insan, yakinlah…Allah lebih tahu segalaNya…Allah masih menyayangi kita. Cinta manusia bukannya abadi, kejarlah cinta Allah untuk kehidupan selepas mati. Dunia kita hanya pinjaman, jika dunia ini bukan syurga buat kita, moga di alam akhirat… kebahagiaan sejati kita perolehi. Amin.

ISTERI KEDUA 1979

Anonymous said...

Salam,
Menjadi satu perdebatankan antara isteri pertama,isteri kedua yang mana berhak atau tidak,dipinggirkan atau tidak.
Bagi saya,saya melalui sebagai isteri kedua dan juga sebagai isteri pertama..(naik pangkat kot)
Sebelumnya saya adalah isteri kedua,nak kata bahagia sgt tidaklah nak kata menderita pun tidak.Sebagai isteri kedua saya byk mengalah malah giliran saya cuma 2 hari dlm seminggu..selama 11thn saya x pernah beraya dengan suami..berbuka puasa pun dlm sebulan adalah 2 atau 3 hari.tapi sy redha bagi saya kebahagiaan terletak pada hati kita..kalau kita nak bahagia maka bahagialah..malah bila madu saya minta suami memilih 1 antara 2..sy ofer diceraikn..alasan isteri pertama mempunyai 4org anak sedang saya cuma seorg.Tapi jodoh mereka sudah sampai penghujung..maka bercerai lah mereka setelah 20thn berumah tangga.Sudah takdir saya sentiasa untuk bermadu..setelah 2 thn menikmati kehidupan sebagai the only isteri..suami sy minta izin untuk berkahwin lagi..sy izin kan..dgn syarat sy tidak mau lalui sebagaiman sebelumnya..

Rupa perasaan sebagai isteri pertama tidak sama sebagai isteri kedua..memanglah dunia ini umpama roda...

Anonymous said...

Maaf, saya juga isteri kedua...beza umur kami 31 tahun...saya hampir seusia anak2 nye dgn 1st wife..
kami sgt bahagia...suami seorg yg penyayang dan bertanggungjwb...

wpun sudah 3 tahun berkahwin, 1st wife dan anak2 nya masih tak dapat menerima kehadiran saya dan anak2.

kami berkahwin dulu tanpa izin 1st wife, tapi bernikah secara sah di malaysia atas izin ketua kadi dan hakim syariah..mungkin kelebihan sebab suami saya seorg VIP.

cuma, saya masih ragu2 tentang hak isteri pertama berbanding isteri kedua...dari segi harta sepencarian..soalan di atas tak di jawab dgn jelas.

wslm..

Anonymous said...

assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya juga merupakan isteri kedua yang berkerjaya juga 1st wife suami saya... cuma saya agak terpanggilbila membaca komen2 daripada isteri pertama dan kedua..

saya percaya takde sapa dalam dunia ni yang ingin hidup berkongsi kasih apatah lagi dimadukan sepanjang kita bernyawa kalau jodoh panjang..
tapi jodoh, ajal maut semuanya dah tertulis sejak azali lagi, ketentuan hidup kita macam ni... macam tu...

kita diberi akal dan fikiran untuk berfikir secara rasional, kenapa nasib kita ditentukanbegini. mungkin kita kekurangandari segi sesuatu hal, dan mungkin kelebihan kita dalam hal lain... hidup saya semakin teruji sejak berkawin even saya mendapat kebenaran daripada 1st wife disaksikan oleh hakim di mahkamah syariah, apabila 1st wife suami saya percaya kepada ilmu sihir.. saya tidak dapat bersama suami menikmati erti ikatan perkahwinan hampir setahun.. bayangkan betapa menderita hidup saya.. menyekat kami daripada mendapatkan anak sendiri kerana ditakuti suami saya akan beralih arah kasih kepada anak saya berbandinganak bersama 1st wife, membuat saya suami isteri saling membenci supaya berpisah...

tapi saya dan suami tetap cuba bersabar, tidak sekali2 kami membalas balik akan perbuatannya itu, kerana saya percaya Allah Maha Mengetahui akan makhkluknya yang sering dianiaya.. saya redha dengan pilihan hidup saya, setiap sesuatu kejadian ada sebabnya dan setiap satu perbuatan ada balasannya... saya percaya suami saya amat mencintai saya, walaupun hampir 2 tahun kami berkahwin masih belum dikurniakan cahayamata. suami saya masih cinta dan sayang saya seadanya.. mungkin kerana cinta, kami masih bertahan... sesungguhnya keikhlasan, kesabaran kejujuran dan kesetiaan adalah kunci kepada segalanya.. saya berbangga kerana terpilih dan bukan semua wanita mampu menghadapinya.. kini saya menjadi seorang wanita yang lebih tabah, berani dan mampu berdikari sendiri. moga2 saya dikurniakan cahayamata2 yang soleh dan solehah serta dilimpahkan rezeki dan rahmat Allah S.W.T, Insyallah...wassalam.

Anonymous said...

asalamualaikum w.b.t
terpanggil saya utk bersama berbicara luahan isteri kedua dlm perkahwinan.ddlm hal ini tiada isteri yg bersalah atau menang jua kalah.kembalilah kita kpd kewujudan sebenar manusia di muka bumi ni baru lah kita dpat menikmati kebahagian hakiki hidup ni.kenali lah suami masing-masing dan layani lah suami sepatutnya.jgn diungkit yg tidak disukai nya.jgn dibuat yg tidak diizinkanya.moga berbahagia slalu.

AKU BUKAN PERAMPAS said...

Assalamualaikum..
Sya tergerak hati nak menyangkal pmkiran msykt hari ini..kepada 'segelintir' isteri tua,ingatlah,dari saat anda keluar dari perut ibumu,Allah sudah menetapkan pasangan hidup kamu serta orang kedua..jd jangan berasa suami kamu itu hak mutlak kamu wpun kamu yg mendahului..tiada istilah merampas hak orang bagi sya kerana suami pun turut rela memadukan kamu..isteri kedua juga byk bertolak ansur,makan hati dan mengalah dek kerana sikap segelintir isteri tua yang berasa diri berhak atas segala2nya..maafkan andai ada isteri pertama yang terasa hati tp ingatlah,isteri kedua juga Allah tetapkan hadir dalam hidup kalian dengan berbekalkan hikmah atas hidup perkongsian..

Anonymous said...

Assalammualaikum wrb.
Saya berumur 26 tahun dan kini memiliki seorang cahaya mata lelaki berumur 2thn. utk pengetahuan anda, sy hanya sempat menikmati hidup bsama suami selama 3bln seblm suami sy berkahwin dgn isteri ke2 nya. tahun ini genap 3thn usia perkahwinanku dan genap jg 3 thn sy hidup berkongsi. dan madu sy pula skrg ini sedang sarat mgndg ank ke2 mereka. mmg sakit dan perit.
kdg2 sy slhkn diri sndiri mgapa pilih jln ini. kdg2 sy slh kn suami yg sgup mendustai cinta yg kmi bina selama 7thn sblm kmi berkahwin. dan ada kalanya sy myalahkn isteri ke2 krn memerangkap dan merampas 1 1 nya insan yg paling sy cintai.
namun, sy harus kuat utk tempuhi semua ini. bukan hanya krn anak tp jg krn kasih kpd suami. utk apa mengeruhkn keadaan yg sdh sedia berantakkan. bg sy, adalah lebih baik mencari kegembiraan, kebahgiaan dan cuba utk mengekalkn keintiman bersama suami. kehadiran org ke3 antara sy dan suami bukan alasan utk sy lupakan tggjwb dan kemusnahan utk hidup sy. kehadiran isteri ke2 membuatkan sy lebi matang, lebi bsabar dan lebi memahami suami. kerana kekuatan, kesetiaan dan kesabaran sy ini lah yg membuatkan suami sy semakin syg n mengambil berat ttg sy dan ank kmi. suami sy pernah bkata, dia telah melakukan 1 kesilapan yg besar dan dia amat myesal, namun dia xdpt berundur. semua harus d teruskn dan dia harus btggjwd atas perbuatannya. dia merayu agar sy selalu menemaninya krn xada wanita lain yg dpt mgantikan tempat sy d hatinya.
btl atau tidak perkataan yg lahir dr mulut suami sy itu hanya ALLAH yg mengetahui segalanya. namun sy percaya bhw kt2 itu benar2 lahir ikhlas dr ht seorang suami yg myesal atas perbuatannya. sy percaya kerana sy dan suami sy adalah 1. sy sygkn suami sy. apa yg tjd merupakan ujian buat kmi. kepada isteri pertama, bersabar la... pasti ada hikmah d sebalik semua ini.. percayalah...

Anonymous said...

Salam.. saya belum lagi dimadukan.. tetapi nampak gayanya akan dimadukan.. wallahuAlam.. semua akan berlaku atas kehendak Allah.. saya sekarang masih berperang dengan perasaan sendiri.. kebaikan yang saya nampak.. wanita kedua tersebut adalah kristian dan berminat dengan Islam. Nampaknya memang saya tak boleh tolak mengenangkan ianya demi Islam dan Allah.. walaupun hati terkadang rasa pedih.. rasa nak undur diri, tapi mengingatkan tentang dugaan ALLAH dan besarnya pahala merelakan.. saya sendiri pun tak pasti antara YA atau TIDAK...

Anonymous said...

bulan mei ni genaplah usia perkahwinan kami selama 3 tahun. saya merupakan satu2nya isteri kepada suami saya tapi sepnajang kami berkahwin terdapat org ke3 dlm hidup kami.. saya tahu perkara ini hanya selepas 2 bulan kami bernikah.mula2 rase tersiksa sgt.. rasa mcm perkahwinan ni begitu menyakitkan bukan membahagiakan. tapi suami pesan supaya bnyk berdoa, berzikir dan mengaji. alhamdulillah berkat pesan suami, saya berjaya menangkis bisikan iblis. tambahan pula sikap kekasih suami yang tidak menunjuk2 kemesraan mereka bila kami keluar ber3. kami amat rapat.. selama hampir 2 tahun kami bahagia..hari2 berjumpa.

tapi entah mcm mn.. satu insiden telah berlaku dan saya memarahi dgn kata2 yg begitu menghiris hatinya dan menyuruh dia meninggalkan suami saya.. selepas kejadian tuh saya berasa amat bersalah terhadapnya kerana saya tahu yang terhegeh2 adalh suami saya bukan die. tidak sepatutnye saya memarahi die.

sekarang rase begitu menyesal kerana setelah berfikir dgn mendalam, saya xsanggup hidup dlm ketidakredhaan suami.. krn suami bgt kecewa dgn tindakan saya yg tidak mementingkan perasaan org lain. saya terlalu mengikut kata hati katanya walhal selama ni die penuhi segala tanggungjawabnya dgn baik even die ada kekasih. skrg kekasih suami saya begitu malu dan hendak lari dlm hidup kami. saya begitu tertekan kerana melepaskan kemarahan saya pada org yg xbersalah. terlalu sedih skrg sampai hari2 saya menangis.. saya malu dgn diri sendiri kerana berperangai sebegini.. kerana dlm hati saya sebenarnya saya boleh menerima kehadiran die dlm hidup kami..

oleh itu kepada isteri kedua, kalau kamu selalu menjaga tingkahlaku dan mendahulukan isteri pertama, insya'Allah.. isteri pertama akan memahami dan boleh menerima kamu dlm hidup mereka..

kepada isteri pertama, x perlulah brgaduh2 atau bersangka buruk pada suami atau isteri kedua kerana kita hidup ni hanyalah sementara..carilah kebahagian bukan kebencian..

Anonymous said...

Asalamualaikum wrb,

Saya tertanya tanya pada diri....sekiranya jikalau ugama islam membenarkan wanita berkawin empat.....apa perasaan lelaki?...adakah mereka dapat berkongsi kasih dan cinta terhadap isteri mereka dengan lelaki lain?
Saya sangat sangat menghormati pengorbanan isteri pertama yang tabah dimadukan. Saya dapat merasakan pedih dan perit penderitaan batin jasmani dan rohani yang dilalui isteri pertama.
Dan untok isteri kedua, memang benar jodoh pertemuan dan maut di tangan allah....tapi sebagai insan kita jangan berserah pada nasib.....kita tidak boleh melawan takdir tapi kita boleh mengubah nasib sendiri. ( feeling is just like wave, we cannot stop them from coming but still we can choose which one to surf)

Maaf jikalau pendapat saya menyinggung perasaan isteri kedua tetapi pada pendapat saya...wanita yang berpendidikan dan ada harga diri tidak akan tergamak menghancurkan perasaan sesama kaum jenisnya dan meruntuhkan mahligai sebuah perkahwinan orang lain semata mata kerana sebuah cinta......masih ramai lelaki bujang di dunia tetapi mengapa sanggup merampas hak orang lain.
Jangan beralasankan bedaan zaman Nabi dengan zaman manusia yang ada sekarang....dizaman nabi , mereka berkawin empat kerana ada alasan dan sebab yang tepat...tetapi alasan lelaki dimasa kini yang berkawin empat di zaman technologi yang ada sekarang ini apa sebab mereka?...kebanyakkan nya kerana nafsu.

Jamgan marah ini cuma berkongsi pendapat.

salam mida

Anonymous said...

assalamualaikum..
maaf jika kata2 ini akan buat semua isteri kedua trasa.. anda semua xrasa apbila orang yang kita syang dirampas orng lain.. skit,, pedih.. mmg lelaki pandai berkata2. tpi kita sbgai prmpuan harus mengerti perasaan kaum kita sndiri,..
mmg bgi kaum wnita yang mnjadi isteri kedua berpkir korang hya menumpng kasih syang.. tpi apkah perasaan anda apbila.. anda bnar2 myyanginya sparuh mati.. ad insan lain yang mengambilnya dan kbhgian tu akan hilang apbla dtgnya msalah cinta lain.. baru anda mngerti apa yang sbanrnya dirasa oleh wnita yang bergelar isteri pertama.. jauhi lah dari mengambil hak orang lain.. ssungguhnya, bgitu skit apbla hak kita diambil oleh orang lain.

Anonymous said...

fahami dan dlami hati wnita lain.. mgkin anda yang merampas tak rasa ap2.. tpi jika suatu hari nti, org yang anda tmpang ksih syang itu mengabaikan anda dan mncri pmpuan lain.. baru anda sdar, bertapa perit nya suatu percintaan perkongsian yang tlah dirmpas..

Anonymous said...

fahami dan dlami hati wnita lain.. mgkin anda yang merampas tak rasa ap2.. tpi jika suatu hari nti, org yang anda tmpang ksih syang itu mengabaikan anda dan mncri pmpuan lain.. baru anda sdar, bertapa perit nya suatu percintaan perkongsian yang tlah dirmpas..

Anonymous said...

Saya dh berumur 35 thn dan bakal menjadi isteri kedua. Salahkah sy jdi isteri kedua sedangkan sy sudah pun bergear andartu? Patutkah sy salahkan Tuhan atas pertemuan ini? Sudah tentu tidak..Jadi berbaliklah kite kpd agama..atas tujuan apa kite berkahwin? Saya hendak mencari redha Allah..biarlah apa org nk kata, atau hendak menghina dan mencaci sy..tp Allah tahu segala2nya.

Anonymous said...

relax ye para istri pertama dan kedua. saya rasa adil sgt tau apbl isteri pertama selalu berkata "isteri kedua tidak paham apa perasaan kami apbl org yg kami cintai dirampas" manakala isteri kedua plak dgn ayat "kami isteri kedua la yg plg byk mengalah, sakit hati tapi kami redha menerima segala ketentuanNya"..ok la tu dua2 pihak ada rasa sakit hati..

ingatlah selalu yg pertama atau kedua..matlamat kawin sbnrnya dlm islam amat besar utk balasan syurga di akhirat.

Klu matlamat kawin kita hanya utk memadu kasih yg lebih besar maka sebab itulah bergaduh n berlaku perebutan kasih syg apbl dpt tau suami nak tmbh caw lagi

Anonymous said...

salam semua..

saya rasa terpanggil untuk bersama berkongsi kisah hidup bermadu ini. andai kata dapat diundur masa, dapat merancang dan menentukan segala.. sudah pasti bukan ini pilihan hidup saya. tapi semua kita tahu (muslims) Allah Maha Mengetahui, dengan ini redha lah dengan segala ketentuan Nya.. saya pernah menjadi isteri kedua, berkahwin dengan kebenaran mahkamah + keizinan daripada isteri pertama.

Hampir enam tahun saya hidup bermadu dengan pelbagai tohmahan, penghinaan saya terima, diberhentikan kerja (bos tak suka), hampir setahun tak dapat bersama, seksanya semasa tu tapi percaya dan yakin Allah Maha Mengetahui saya teruskan perkahwinan saya ini.. ketika itu sayalah manusia paling jahat dalam dunia ini dan kini saya isterinya yang seorang setelah isteri pertama mohon fasakh kerana tidak redha dan lihat saya boleh melahirkan seorang anak lelaki yang comel bersama suami setelah 4 tahun berkahwin.

Jangan sekalipun kita balas dengan kejahatan kepada mereka yang telah berbuat jahat kepada kita, sebab perkara yang jahat itu akan berbalik kepada mereka yang berbuat jahat kepada kita.

Pandanglah perkara ini dengan positif maka akan jadi yang baik segalanya, kerana kita semua ini manusia biasa yang banyak kelemahannya. yang baik itu datang sema dari Allah dan yang buruk itu sema datang dari diri kita sendiri..

Macam saya katakan berkat kesabaran dan redha atas ape yg terjadi Insyallah.. dan percayalah Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba nya.. kerana Allah Maha Mengetahui..

Anonymous said...

bila membaca luahan hati para istri disini hati saya sedikit terubat. saya juga tergolong dalam golongan istri kedua..seperti insan-insan yang bergelar istri kedua juga saya tidak pernah bermimpi atau berangan untuk berkahwin dengan suami orang. bukan saya tidak pernah berkawan dengan orang bujang tapi Allah itu lebih mengetahui..tidak dipanjangkan perhubungan saya hingga ke alam perkahwinan sehinggalah saya bertemu dengan seorang lelaki yang bergelar suami orang. bukan tidak cuba mengelak. keluarga pun sudah cuba memujuk namun jodoh tetap jodoh.walaupun pelbagai rintangan yang datang akhirnya termetrai juga ikatan perkahwinan saya dengan suami dan bergelar istri kedua..istri pertama mana yang tidak menentang..tapi jodoh dan kasih sayang kami tetap kuat...seperti istri kedua yang lain juga saya tidak terlepas dari tuduhan dan kata-kata kesat dari istri pertama dan juga anak-anaknya..mangkuk hayun,perempuan jalang,perempuan perampas semua saya terima walaupun hati ini terluka.apakah hak kamu wahai istri pertama untuk menghina sesama manusia selain dari Allah s.w.t shj yang berhak ke atas hambaNya? suami hak ALLAH yg hanya dipinjamkan sementara untuk kamu..dan saya Redha jika ini yang Allah tentukan perjalanan hidup saya untuk bermadu..bukan sengaja menempah sengsara tapi hukum alam tetap berjalan walaupun ribut taufan yang datang..terima kasih kerana wujudnya blog ini.sekurang-kurangnya kesedihan hati dapat dikongsi...

Anonymous said...

Salam,
Sy adalah isteri kedua.Bg sy tak perlulah isteri pertama atau isteri kedua berebut kasih. Isteri pertama dan kedua tak perlulah rasa terancam atau try to be best women win.
Kerna kita semua akan menghadap Allah Ta'ala jua. Biarlah Dia menjadi hakim pada segala perbuatan kita.
Jgnlah kita menduakanNya utk mendapat perhatian suami...
Kepada para suami, andalah punca segala-galanya terjadi perkahwinan, andalah org yg membaca takliq dan bersumpah janji... maka jagalah ia dgn sebaik baiknya...
Tanamkan diri dgn iman dan takwa yg kuat... Hanya ini sajalah jln agar isteri2 berasa aman damai...

Anonymous said...

saya bercinta dgn suami org selama 3 tahun tp sy tidak terfikir akan menjadi isteri kedua....kehidupan isteri kedua sgt perit n akan menyakiti isteri pertama...

Anonymous said...

Tapi melalui pengalaman kluarga saya.. isteri pertama yang banyak menderita sedangakan isteri kedua bersenang lenang hidup bahagia dengan suami dan tanpa segan silu menunjukkan kebanggaan dia telah merampas suami dan hak orang lain...dan mmg tidak adil kerana isteri kedua juga keluarga bermusuhan dan isteri pertama di benci, isteri kedua disayangi keluarga suami tapi nasib anak-anak ada..tapi hati yang remuk tak mungkin dapat diubati... hidup bagaikan kuli sedangkan isteri kedua tahu bermesra je dengan suami, isteri pertama menjalankan tanggungjawab tapi suami tak berlaku adil kerana setiap hari bersama isteri kedua, rumah isteri pertama macam hotel untuk tempat tidur... bagaimana agak nya perasaan anda yer kalau anda isteri kedua berada ddi tempat isteri pertama...yang paling perit isteri kedua itu adalah orang yang plg rapat dan dipercayai menikam dari belakang dan sanggup bercerai dengan suami dulu smata-mata nak merampas suami orang lain demi kemewahan namun menutup semua perangai buruk nya dengan bodekan dan bermegah diri dan paling sedih isteri pertama yang sudah berpuluh tahun dikahwini diburukkan untuk menutup kesalahan suami dan perampas ituuuuu... semoga Allah akan menunjukkan kebenaran.

Anonymous said...

salam..
Sy amat t'tarik utk b'kongsi p'ngalaman hidup b'madu. Sy seorg y b'pendidikan tinggi, malah m'megang jawatan eksekutif d sebuah syarikat "BERHAD". Sbgi s'org wanita b'kerjaya, istilah hidup b'madu tiada dlm kamus hidup sy. malahan sy cuba m'nasihati kwn2 y t'jebak dlm cinta 3 segi ini spya m'buat pilihan y lebih bijak..namum siapa tahu janji TUHAN penuh rahsia y x dpt d tafsirkn,maka TUHAN juga tlh m'nguji sy apabila sy t'jbak dlm cinta b'segi2.kenapa sy kata b'segi2? ini keana smua komen y sy bc dlm blog ini adalah luahan hati isteri pertama & k'2 tp sy m'jadi isteri k'3 dan suami telah punya calon utk isteri k'4..sy "PERAMPAS" suami org & suami akan "D'RAMPAS" oleh org lain..btol kata pepatah apabila m'ngambil hak org b'makna kita tlh b'sedia hak kte akan d ambil.
utk p'ngetahuan 1st wife muda stahun dr suami, 2nd wife tua 5 thn dr suami, 3rd wife (sy)muda 6 thn dr suami n calon k'4 s'baya dgn suami(kami smua b'pendidikan sarjana). Kami hidup bahgia kerana suami amat tegas dlm m'didik isteri2. Tiada istilah isteri k'sygn atau pn pilih kasih dlm rumah tangga.Setelah sy sendri m'ngalami hidup b'kongsi, sy ingin m'nyatakn..TUHAN maha tahu janjiNYA pd hambanya.ini adlh ujian utk m'lihat thp k'imanan s'sorg.hala tuju rumah tangga i2 d tentukn oleh sang suami.sekiranya suami mahu b'poligami, suami perlu sedia m'didik & m'bimbing isteri.k'bijaksanaan suami dpt m'hindari penyakit hati d klgn isteri2. isteri2 tidak perlu n'nuding jari m'nyalahkn sesiapa & b'tanya k'kurangan anda. sentiasa ingat RAHSIA ALLAH i2 penuh dgn hikmahnya.b'syukur kerna bkn semua insan t'pilih utk m'mikul tggungjawab s'berat ini.maka bnykn b'sabar dan dgn sbr carilah k'bahagiaan b'sama suami kerna hidup ini hanyalah SEMNTARA shj. TUHAN akan m'ngambil hakNYA pada bila2 masa.Slalu tanamkn dlm hati " sekiranya aku tiada, aku x perlu ssh hati kerna suamiku ada isteri2 lain y akan m'jaga k'bajiknya dan m'ngasihinya sptmana aku telah m'lakuknnya"...

salam dr isteri no 3...

Anonymous said...

Saya pula bakal menjadi isteri kedua. Akan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga saya. MMg sy pun sedih membuat keputusan ini, namun saya tidak mampu untuk melepaskan bakal suami saya. Mungkin disebabkan sy pun dah semakin berumur. Alasan saya berkahwin kerana isteri pertama yang selalu mengabaikan bakal suami saya dan tidak menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri, tidak menjaga makan minumnya dan juga selalu menghina keluarga bakal mertua saya. Hubungan saya mendapat restu yang baik dari pihak lelaki. Mungkin disebabkan itu, saya kuat untuk meneruskan hubungan ini. Saya tau saya akan bakal dimaki hamun oleh bakal madu saya. Saya berharap saya akan kuat dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi hidup sebagai seorang yang bermadu. Tak semua isteri pertama baik dan tak semua isteri kedua baik. jangan menyalahkan sesiapa or mencari salah orang lain. cari salah sendiri dahulu dan perbetulkannya. Andai satu hari nanti, bakal suami saya ingin berkahwin lagi, sy akan izinkan. insyallah..

riena said...

Riena said...
Saya merupakan isteri kedua. dulu, kami bercinta selama 1 tahun, lps tu kawin. suami janji nk ceraikan 1st wife,dan dia dah ceraikan 1st wife dia dulu. dalam masa kami merancg nak kwin, tiba2 suami rujuk semula dgn 1st wife dia..kini saya bermadu..suami pernah berjnji akan menceraikan 1st wife dia semula setelah berkahwin dgn sy.kini sy tertekan kerana suami masih belum menceraikan isteri pertamanya..saya meminta suami membuat keputusan,memilih antara 1, kini suami sedang berfikir dan meminta petunjuk daripda Allah..sy tidak sanggup bermadu, dan selalu keluar rumah apabila suami balik ke rumah 1st wife..sy rasakan diri telah ditipu oleh suami..sudah 14tahun suami brkhwin dgn 1st wife, dan mengatakan dia tidak pernah bahagia dan 1st wife bukanlah perempuan idamannya..suami menyesal rujuk semula namun kini dia dalam dilema utk membuat keputusan memlih antara kami. sy terseksa bila suami masih tidak mengotakan janjinya..apa yg harus sy lakukan? sy pernah meminta cerai, tp suami tidak mahu menceraikan sy, katanya dia masih sygkan sy..dia hanya menjalankan tanggungjwabnya terhdp 1st wife, yg paling dia syg ialah sy..

Anonymous said...

Salam... Saya isteri pertama. Syok la baca blog ni, boleh kutip pengalaman . 7 tahun lepas saya suruh suami kawin dengan tujuan dapat tarbiah seorang hamba Allah. Cukup setahun diorang cerai. Kesian. Alasan suami dia kurang berjaya mentarbiah tapi at least the lady Sudah kenal sejadah dan tudung. Yang saya nak cite masa kami ber madu saya pregnant anak ke 4. Masuk minggu ke 38 terus dapat high blood trus masuk wad. Rahmat Allah senangnya saya gave birth sedikit pun tak sakit. Lepas bersalin simadu called. Ingatkan nak congrats rupanya kena maki hamun. Tapi akak tak layan. Sekarang akak suruh suami kawin lagi dan perbaiki kelemahan dulu. Tujuan supaya boleh tolong janda-janda yang tak ada tempat bergantung. Rupanya ramai janda di luar sana dengan 1001 masalah. Sian.

Anonymous said...

sy bakal bermadu dalam tempoh terdekat. Sy merupakan isteri pertama dgn 4 orang anak, bakal isteri kedua satu tempat kerja dengan suami dan both of them adalah manager di sebuah syrkt ternama.
Izinkan sy berkongsi perasaan di sini. Pada mulanya memang tak tau nak kata apa, sedih campur gembira.. sedih bilamana mengenangkan perit jerih yang kita telah lalui, tiba2 ada yang kedua datang.... gembira pula bila teringatkan janji Allah swt.
Kadang2 keluarga pun mainkan peranan juga, ada setengah ipar duai suka campur urusan rumahtangga kita, bila kita dah redha dengan ketentuannya, maka datanglah hasutan2 dari sekeliling, esp masyarakat...
ipar duai ada yang tak kisah, tapi lebih ramai yang anti poligami. Yang anti poligami yang banyak menyucuk sy menyebabkan perasaan saya jadi tak tentu arah. Asalnya sy dah berkenal2an dan berbaik dgn bakal madu, tiba2 ipar pula hasut dengan mengatakan apa akan jadi pada anak2 saya, kemudian saya sudah beranak pinak, suami akan prefer yang tiada anak (anak dara)... semua tu membuatkan perasaan sy jadi tak menentu...
Akhirnya sy minta pertolongan dari Allah swt, cuba buat solat taubat, tahajjud dan hajat, sy minta apa yg keluar dari mulut saya, dan setiap perbuatan sy, pergerakkan kaki tangan dan body language sy, Allah yang tentukan, agar mendapat redha Allah swt...

Anonymous said...

Saudari yang di atas, sabar banyak2. Berdoa semoga Allah bri kekuatan. Nak buat benda baik mmg byk dugaan. Jgn dengar cakap org, jgn cite pun suami nak kawin. Biarlah berahsia sb Allah tahu segalanya. Pengalaman saya biar org tak tahu lebih senang hidup. Lagi satu.. Bila tiba hari suami nak nikah you bawa anak2 pg vacation. Sy dulu pg book fair and sy beli suma buku poligami, balik baca tak faham2 sb emosi tak stabil. Lumrah alam hati siapa tak sedih walau redha.

Anonymous said...

saya berumur 20 thn , saya berkawan dgn suami org yg mrupakan ckgu dskolah saya , bakal suami saya jga seorang ckgu . Jarak usia kmi 27 thn . Saya tau saya bkal bmadu . Alasan dia utk bkahwin lain adalah krn kcewa dgn 1st wife , lgpun dia kawin bukan atas dsar cinta . Saya dan bkal madu pernah bjumpa bbrapa kali dluar waktu skolah , pada mulanya dia mnentang & akhirnya dia izinkan kami bkahwin tp tanpa krelaannya . Saya x pernah tfkir utk hdup bmadu . Tapi , tkdir Allah dah tetapkan . Dgn usia yg muda , saya x tau smada saya kuat atau tak utk bhadapan dgn masyarakat . Tp alhamdulillah , mak ayah x menentang . Wlaupun saya yg kdua tp kdg2 tmbul jgak prasaan cmburu dlm hati . Hnya mampu istigfar . Mhon pnduan drpd kakak2 yg dah ada pgalaman sbg isteri kdua :(

Anonymous said...

assalamualaikum semua isteri pertama dan kedua...saya adalah isteri pertama dan saya jg isteri kedua...sy bkahwin dgn suami slama 15 thn sblm diceraikn.. krn suami brcinta dgn guru di sekolah yg sama dgnnya.. seorg ustazah..alasannya..guru yg kononnya seorg ustazah tu dpt mmbimbingnya, lebih mmahami, mndengar kata, baikhati mcm2 lg... slama prkahwinn kami..demi Allah sy tlh korbankn sgala2nya dr wang ringgit dn tenaga utk keluarga kami..sy jugalh ajar dia baca quran, doa2, bacaan solat, sy jg beri duit utk dia brniaga jualbeli kereta, yg kemudian tk jadi, habis modal mcm tu je..mmg sy lebih dr suami dr segi kerjaya dn gaji..tp sy slalu igtkn diri spy jaga hati dia..sy prnah menolak tawaran utk naik pangkat, tawaran utk smbung belajar, tawaran utk mnjadi pnsyarah..krn tk mahu dia rasa rendah diri... dn sy pujuk dia (dlm diam) brpindah ke daerah lain spy dpt lari dr kwn2 dia yg trlibat dgn dadah dn ganja, sblm kawin shingga 5,6 th prkahwinn, dia mmg trlibat dlm semua tu..tp sy tk prnah tinggalkn dia..wlpn dipujuk dn dipaksa oleh kluarga sy.. sy slalu brharap dn brdoa dia akan tinggalkn semua tu dn jadi org yg soleh... dlm ms yg sama jg dia brmasalh dgn kerja, slau ponteng dn mc dn sbgnya..shingga kene tindakan tatatertib, gaji statik... dn demi Allah sy jglah yg brusaha menelefon org itu ini utk settlekn masalah gaji dia...dr thn 2006 hingga 2010..sy sntiasa menelefon kementerian pelajarn dn jpn psl hal tu, smpai org kementerian dn jpn ada yg dh kenal nama sy.. shggalah akhir thn 2010,dgn prtolongn guru besar dia jg, gaji dia dpt brjln dgn elok, dgn kuasa Allah jg... dn januari thn 2011, dia pindh sekolah... di sinilh dia kenal ustazah ni... dn dlm diam mrk, br SMS..yg lbih mnyedihkn, ustazah ni tinggal di blok yg sama dgn sy, tingkt bwh je..anak2 sy pn brsekolah di sekolah yg sama... pmpuan ni tahu suami sy sudh ada anak isteri...buln april mei jun..suami mula berubah.. selalu marah sy, semua benda tk kena... julai..sy diceraikn..sy dpt tahu..keluarga pmpuan tu ada ckp..'nk kawin boleh..tp tknk la suami org'.. ustazah ni pn memg tknk brmadu...sy pn mmg klu bleh tknk..sbb sy tau situasi suami sy dr segi kewangan, amat tidk layak..krn spnjg 15 thn, sy yg lebih byk mngeluarkn wang utk keluarga..personal loan sy dgn bank..loan basic ada 150 ribu.. dn sy diceraikn dgn semua beban tu.. semua pengorbann sy utk dia dn kluarga kami lgsung dia tk hargai.. kmudian mrk kahwin january 2012.. dlm ms ni suami dtg kpd sy smula..brbaik.. kemudian april 2013, kami brkahwin smula... dn yg menyakitkn hati..si ustazah td..mmg tk setuju dgn prkahwinn kami... tp sy rsa sy brhak utk brkahwin smula dgn suami demi ank2 kami,..dn in between all these..sy trfikir jugk..pmpuan yg kononnya seorang ustazah ni.. tk pernah trfikir ke apa perasaan sy smsa dia mlayan suami sy dulu..sdgkn dia kenal sy..hmpir setiap hr sy hantar ambil anak kt sekolah dia...skrg ni sy dh jd isteri muda plak...tp sy rasa Allah mmg adil..sbb dlu pmpuan tu dgn bangganya brcinta dgn laki org, dn tknk brmadu.. nk kwin dgn dia boleh, tp tknk suami org (scara trsiratnya klu kau ceraikn bini kau dlu, bru aku kwin dgn kau),,skrg dia sndiri dh rasa bgmana peritnya bila suami kita nak kt org lain plak.. dn Allah jg dh beri peluang utk sy hilangkn perasaan sakit tersebut trlebih dhulu... dn sy boleh ckp dgn yakin... perasaan isteri pertama dn isteri kedua tk sama.... isteri pertama yg tk diceraikn, yg kenal isteri pertama tu.. keperitannya dia amat dalam.. brtahun2 kita berbakti kpd suami, tiba2, bila keadaan seolah2 dh stabil dr segi kewangan trutamanya, suami cari org lain.. suasah payah kita seolah2 sia2... kpd isteri kedua.. kesakitan anda tk sedalam isteri pertama...sy dh rasa...skrg ni sy isteri kedua.. sy tk rasa sgt kepedihan tu..sbb kita yg ambil hak org..tp in my case.. sy tak ambil hak org lain..suami sy adalah hak sy dn anak2 sy trlebih dahulu..dia mmpunyai tggjawab trhadap sy dn anak2 sy...

Anonymous said...

dan satu lg... td sy tlh post stu komen...satu lg kpd isteri kedua yg brnama rinie...yg katanya.. suami lebih sayangkn dia...suami dh tak sayang isteri pertama dia...percaya tak kalau sy katakn..hampir semua suami yg brpoligami akn ckp mcm tu...dont be naive n stupid la...krn kpd sy...isteri prtama yg diceraikn, dn yg kini isteri kedua.... kpd isteri baru dia tu...dia pernah ckp dia dh tk sayangkn sy, dh tkde perasaan kt sy.. kasih syg dia kt ustazah tu je... tp kt sy, dia ckp memg benar dia dh ada isteri, tp ianya tk dapat mengubat luka kehilangan sy., yg dia tk pernah lupakn sy, tk pernah benci sy, perasaan sayang dia kt sy sentiasa ada, tk pernh hilang... skrg ni pn, apa yg suami ckp, sy sekadar dgr je.. bukn percaya sepenuhnya, bukn pula tdk percaya...sy tahu ianya bukan prhubungn yg sihat, not what i want... tp anak2 sy lebih penting..suami perlu brtanggjwb mnjaga anak2 kami..dn dia jg brtggjwb menanggung hutg2 kami.. sounds like revenge plak kn..tak juga...sbb sy masih sygkn suami..cma entahlh... sy pn tk pasti...biarlh Allah yg tentukn segalanya... NIL

Anonymous said...

Assalam., sy isteri ketiga. 2013 merupakan tahun kedua sy sebagai isteri ketiga. suami sy merupakan kawan lama sy semasa bekerja menunggu keputusan SPM pada tahun 1995.Hubungan kami terputus selepas sy melanjutkan pelajaran dan dia berkahwin awal. Sepanjang kami berpisah, sebenarnya dia sentiasa mencari sy. pada tahun 2011 & 2012 sy sering terserempak dgnnya. dan akhirnya dia menyatakan hasrat utk mmperisterikan sy. sudah jodoh sy dan dia, sy terima dia sebagai suami sy. yg paling penting bagi sy, ibu dan bapa sy redha dgn pilihan sy dan boleh menerima status suami sy. walaupun suami bukan org yg berada, Alhamdulillah hati sy lapang dan lega. mmg dia jarang2 meluangkan masa dgn sy. tp sy cuba menggunakan waktu yg seadanya dgn sebaik2 mungkin. walaupun kadang2 rase cemburu tetap ada, itu perkara normal utk setiap hati manusia.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua isteri2...

Dugaan datang dan pergi. Semuanya Allah swt yang kehendakki. Takkan bergerak walau sebesar zarahpun jika tanpa izin Allah.... Hati kita?hati kita ni milik Allah... Kita bertanggungjawab menjaga. hati kita dgn sebaik2nya..

Pertama atau kedua tu semua Allah yang takdirkan. Jadi, jomlah kita baikki hati kita dgn zikrullah.. Ya fattah ya latif ya muhaimin.. Ya razzaq...

Anonymous said...

lelaki yang berpoligami zaman sekarang ini mementingkn diri je.. zaman dulu tu sbb peperangan. sbb nk lindung wanita.. zaman moden ni ape rasionalny? kalau u pilih kwen dgn llki y tergamak melukakan hati istri /wanita pertma then knapa skarang kamu merungut dilukakan. what u give u get it back.llki dpt manfaat.kta ssma kaum hawa bermusuh.. u get it?

Anonymous said...

Betulkah suami hak mutlak isteri pertama? Kalau suami berkemampuan, apa salahnya berkongsi terutama dgn janda yg perlu perlindungan @ wanita berusia yg jg perlukan perlindungan seorang suami. Hukum poligami ni dtg dr Allah, mengapa mesti dipertikaikan? Kalau suami berkemampuan dan berkeinginan, apa hak isteri pertama untuk menghalang? Sebaiknya mohon suami berlaku adil shj terhadap isteri2 utk mendapat keredaan Allah, jangan bersikap tamak @ dilayan perasaan cemburu anda itu.

Anonymous said...

Klu nak tau hak2 wanita, bacalah bk buatmu wanita by suzana ghazali. Ade psl hak ppuan dlm poligami etc.

Anonymous said...

Kenapa kalau isteri pertama x benarkan suami die tambah cawangan, org sume labelkan die tamak la, cemburu la. Mmg suami milik Allah tp kita kena ingat yg isteri pon milik Allah. Poligami tu harus je. Klu sbb nak ikut sunnah nabi, ingat balik yg nabi x berpoligami ms berkahwin dgn siti khadijah.klu suami ckp nak kawen lg sbb nak elakkan buat maksiat, kenapa x bersama dgn perempuan yg dah sah jd isteri??? Nabi kata klu memandang seorang perempuan tu boleh buatkan seorang llk ghairah, baliklah ke rumah dan setubuhilah isteri kamu.nabi x de kate pergilah kawen dgn ppuan yg bangkitkan ghairah kamu. And lg satu, x haram utk perempuan minx cerai. Drpd biarkan diri terseksa, bukan ke lg baik bercerai. Klu risau psl anak2, suami wajib tanggung nafkah anak even dah bercerai sb hubungan ayah dgn anak x kan terpisah. Klu risau psl emosi anak2, terangkan kat mrk baik2.