Friday, August 20, 2004

Merancang kehamilan, pil perancang dan berkhatan

Dr. Suriya Osman,

Saya terbaca tulisan Doktor di Wadah Wanita Islam:. "Wanita bersuami berhak tentukan perkara seksual" pada 18 Ogos 2004 di Berita Harian Berdasarkan artikel tersebut saya ada beberapa soalan yang mungkin boleh Dr. huraikan:-

1. Bagaimanakah cara merancang kehamilan yang tepat dan berkesan?
2. Apakah yang dikatakan penyalahgunaan pil perancang?dan
3. Bagaimanakah amalan berkhatan boleh membawa kepada penyakit seksual?

Saya amat berharap Dr. dapat meluangkan sedikit masa untuk memberi jawapan kepada pertanyaan saya dan saya amat menghargainya.

Terima kasih.

Jawapan

Salam sejahtera Ms Seri Dewi,


S:1. Bagaimanakah cara merancang kehamilan yang tepat dan berkesan?
J1: Ada berbagai cara untuk mencegah hamil dan tidak ada satu-satunya yang ideal . Kesesuaian cara merancang mengikut keperluan wanita berkenaan. Untuk penelitian tentang cara merancang adalah baik anda berjumpa dengan pakar sakit puan atau doktor keluarga anda untuk mendapatkan khidmat nasihat secara individu.


S2. Apakah yang dikatakan penyalahgunaan pil perancang?
J2: Ada sejumlah wanita yang tidak tahu cara yang betul mengunakan pil perancang dan akan memakannya dengan cara yang tidak berkesan. Ini mengakibatkan mudarat kepada penguna dan juga tidak dapat mencegah kehamilan.

S3. Bagaimanakah amalan berkhatan boleh membawa kepada penyakit seksual?
J3: Sebenarnya yang disebutkan di sini bukan berkhatan, tetapi "female genital mutilation" satu adat yang diamalkan di negara-negara Arab dan Afrika dan bukan amalan ugama Islam. Ini merosakkan alat kelamin wanita dan membawa banyak komplikasi kepada kesihatan wanita.


Semoga jawapan in membantu.

Dr Suriya Osman (Kak Su )

3 comments:

Anonymous said...

A'kum Dr Suraya, nama saya Azlin, saya ingin sangat berkongsi ilmu dan pengalaman saya dgn produk transfer factor yg tlh terbukti terserlah di Malaysia, saya berharap sangat Dr Suraya dapat meluangkan masa utk menghubungi saya di talian 019 -7076176...t'kasih

Anonymous said...

salam,

saya ada msalh dimna sya telah melkukan hubngn sex dgn suami pada jumaat dn sbtu leps. selalu ny suami saya akn pancutkn air maninya diluar fraj saya utk elakkn dr mengdung. ttp pada hari tersebut suami sy telah terpncut di dlm faraj. bgaimana untuk saya mencuci ovari saya dari berisiko hamil.adakh pil atau suntikn untik membersihkan rahim saya? terim ksih

Anonymous said...

salam,

saya ada msalh dimna sya telah melkukan hubngn sex dgn suami pada jumaat dn sbtu leps. selalu ny suami saya akn pancutkn air maninya diluar fraj saya utk elakkn dr mengdung. ttp pada hari tersebut suami sy telah terpncut di dlm faraj. bgaimana untuk saya mencuci ovari saya dari berisiko hamil.adakh pil atau suntikn untik membersihkan rahim saya? terim ksih....boleykah doktor membalas di emil sya ..izwatil@yahoo.com