Saya ingin bertanya masalah-masalah seperti berikut:-
1 Sekiranya cairan atau lendir berwarna keruh atau coklat keluar dari rahim seseorang wanita (bukan semasa pusingan haid) dan berlarutan berhari-hari, adakah sah puasa, sembahyang dan ibadat yang dilakukan wanita tersebut lebih-lebih lagi di bulan ramadan ini?
2 sekiranya sah, apa hukumnya sekiranya wanita tersebut masih was-was kerana khuatir ianya mungkin tanda-tanda datang haid.
3 adakah wanita tersebut boleh 'bersama' suaminya seperti biasa kerana khuatir akan memudaratkan diri atau pasangan?
4 sekiranya seseorang wanita mengalami tanda-tanda datang haid spt lendir yang agak banyak keluar dari rahim, rahim rasa tidak selesa, adakah beliau masih boleh mengerjakan puasa, sembahyang dan 'bersama' suaminya?
Di harap Puan dapat membantu. Terima kasih.
Tasha.
Jawapan:
1. Jika yang keluar itu bukan darah haid, maka solat dan puasa adalah sah.
2. Hukum tidak dibina di atas perkara yang diragui. Terdapat satu kaedah fiqh yang bermaksud: sesuatu yang telah yakin, tidak berubah dengan sebab timbul keraguan. Dalam masalah yang puan utarakan itu, pada asalnya puan berada dalam keadaan suci/tiada haid. Selagi tidak keluar sesuatu yang boleh dikira sebagai haid, maka puan tetap dianggap suci.
3 dan 4. Harus solat, puasa dan 'bersama' dengan suami. Allahu A'lam
No comments:
Post a Comment