Saudari pengarang yang dihormati,
Sebelum saya teruskan lebih jauh saya ingin memperkenalkan diri saya kepada saudari. Nama saya James. Beragama Kristian, warganegara Malaysia dan berstatus bumiputra Sabah.

Saudari,
Saya hormati niat saudari dalam memberikan pedoman kepada sesamamu ( Rujukan: Berita Harian - Jangan Tiru Kristian).Itu adalah hak saudari. Tetapi saya merasa sangat sedih kerana Saudari menyebut "Jangan tiru Kristian", sensitif sangat tu!!! Sebenarnya Kristian itu sebagaimana Islam adalah agama yang mengajarkan tentang kebaikan. Carilah satu ajaran kristian yang mengajar manusia kearah kejahatan, TIADA!!! Janganlah terlalu sempit. Tuhan kita sebenarnya satu. Dia yang Maha Agung telah mengurniakan kepada umat manusia sesuatu yang amat berharga iaitu OTAK untuk berfikir. Dengan Otak tadi lahirlah akal. Cuba saudari fikir betul-betul Peraturan Agama mana yang paling banyak membuatkan wanita menderita jiwa??? Alasannya??? Cuba ceritakan sedikit ( berdasarkan pengetahuan saudari) kemanakah kita sesudah mati?
Harap dapat jawaban...
James %20jamesdora@myjaring.net">Henry> jamesdora@myjaring.net
Wanita JIM menjawab;
Salam sejahtera
Saudara,
Terima kasih diatas soalan dan maklumbalas. Kalau dilihat dari artikel yang saya tulis ini, saudara akan dapati tiada satupun perkataan atau ungkapan yang menjurus kepada menghina atau merendahkan ajaran agama lain. Apa yang tercatat di daalm artikel ini adalah satu pendidikan dan panduan kepada remaja Islam agar mereka kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya.
Banyak kali di dalam Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad (s.a.w) umat Islam diberitahu untuk membezakan diri dari orang Yahudi dan Nasrani apabila kepercayaan, pegangan atau perbuatan mereka bercanggah dengan kebenaran.
Semestinya kita tidak boleh nafikan bahawa ada perbezaan diantara orang Islam, Kristian dan Yahudi. Perbezaannya terlalu banyak dalam aspek-aspek akidah, ibadah, akhlak dan muamalat. Oleh itu amat sesuai jika dinasihatkan orang Islam jangan ikut Yahudi dan Nasrani secara umum, kerana orang Islam sudah ada ikutannya sendiri, iaitu Al Quran dan Sunnah nabi Muhammad (s.a.w). Bila dibuat pernyataan seperti ini, ia tidak bermaksud mencela yang lain, ia hanya seruan untuk membezakan diri dengan yang lain.
Kalau kita lihat Hadith yang disebutkan di dalam penulisan saya ini, nabi Muhammad (s.a.w) telah bersabda “Kamu telah mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan orang Nasrani?” Baginda bersabda: “Kalau bukan mereka, siapa lagi?” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Jika kita halusi pula apa yang disebutkan didalam hadith diatas, ia adalah larangan mengikut orang Yahudi dan Nasrani kerana ada dikalangan mereka yang telah meninggalkan ajaran agama mereka, sehingga ada dikalangan mereka yang masuk lubang biawak (maksudkan melakukan sesuatu perbuatan yang pelik dan tidak dilakukan oleh orang yang waras).
Banyak ajaran di dalam Bible yang baik, yang jika diikuti menghasilkan yang baik, malangnya ada juga dikalangan orang Kristian dan Yahudi yang melakukan kesalahan yang sangat bertentangan dengan ajaran-ajaran tersebut.
Ajaran agama Islam tidak mengajarkan keganasan dan akhlak yang tidak baik seperti yang dituduh, walaupun ia ada dilakukan oleh orang yang bernama dengan nama Islam.
Wallahu a'lam.
Roha Hassan

No comments:
Post a Comment