Thursday, May 19, 2005

Remaja alaf baru sedarlah- jawapan dari Roha

Waalaikumusalam wbt….
hans_2700@yahoo.com>

Remaja alaf baru sedarlah!
Cukup lah saya kenalkan diri saya dengan panggilan qastury...saya terbaca akhbar berita harian bertarikh 4 mei 2005...ruangan agamabertajuk 'Umat Islam dilarang tiru budaya kristian,Yahudi'..mukadimahnya cukup membuatkan saya tersenyum. Sebelum ini saya belajar di sebuah kolej matrikulasi. soalan2 yg dikemukakan oleh penulis dalam artikel tu memang pernah terlintas dalam fikiran saya..penampilan diri,fesyen,teman wanita memang menjadi topik hangat dalam diri saya..memang saya bersetuju..ketika saya belajar disana,saya dapat lihat memang ramai yg terpengaruh dengan semua ni..ada yang positif baiklah jadinya...kalau yang negatif buruklah jadinya mereka memang mudah terpengaruh.saya lihat dari segi penampilan mereka. kalau nak dibandingkan dengan saya...memang ketara budayanya dah lain mereka mempunyai trend tersendiri....stylo katanya mulanya saya agar rasa tersisih disebabkan saya tidak mempunyai ciri2 seperti mereka...
Saya mula terfikir...patutkah saya mengikut mereka atau sebaliknya saya sedar..tak berbaloi kalau saya mengikut benda2 yang tidak mendatangkan manfaat sekarang sana nak cakap mengenai perempuan pulak maaf kalau saya ada menyinggung perasaan sesiapa. di tempat saya.memang ramai perempuan yang cantik rupa parasnya. indah kalau dilihat tetapi.tidak bertudung.
Inilah yang saya ingin ketegahkan sebenarnya.dimanakah nilai kita sebagai seorang umat Islam. disitu dah dilihat kita mempermainkan Islam.Islam menyuruh kita menutup aurat..Islam mempunyai batas2nya sendiri.sekarang kita memalukan agama kita sendiri saya sedih. terlalu sedih bukan itu saja,malahan kalau bertudung pun..pakainyapula...masyaAllah,teruk ketat,singkat,menampakkan pusat..nampaknya budaya asing dah berjaya,yakni berjaya menjajah pemikiran umat Islam. Islam Hadhari,kita bangga kerana negara kita adalah sebuah Islam sedang yang pesatmembangun...kalau aurat itu kita pandang ringan..akibatnya maruah Islam tercemar....Disini saya ingin menyeru kepada penulis, tolong la,tolong sedarkan kaum hawa. dunia diakhir zaman..tulis la apa saja untuk menyedarkan mereka semua.. saya
amat berharap..wassalam...

Jawapan dari Roha:


Terima kasih saudara “qastury” kerana membaca artikel tersebut serta memberikan pandangan yang positif tentangnya. Tahniah kerana saudara juga telah berjaya melalui pelbagai ujian yang pernah saudara lalui seperti yang saudara sebutkan.
Sememangnya kita tidak menafikan apa yang saudara ketengahkan ini ada berlaku di sekitar kita. Namun sebagai ahli masyarakat yang prihatin kita tidak boleh menyaksikan sahaja segala panorama yang begitu menyedihkan ini berlaku tanpa melakukan apa-apa. Secara peribadi, apabila diketengahkan kepada saya apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan remaja saya dengan serta merta akan berfikir apa peranan yang boleh kita lakukan untuk membantu. Jadi ingin saya gariskan disini beberapa sumbangan yang bukan sahaja dapat saya lakukan, malahan saudara Qastury, rakan –rakan dan ahli masyarakat yang lain.
1. Mengajak diri sendiri dan masyarakat ke arah amar maaruf dan nahi mungkar : Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat ke-110 yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah". Antaranya kita harus bersama menyeru masyarakat menjaga bab aurat dan perilaku yang berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah.
2. Mendekati para remaja tidak kira lelaki atau perempuan dengan cara mesra remaja. Kalau kita lihat masyarakat secara umumnya dihidangkan dengan berita kerosakan akhlak remaja setiap hari di dalam media. Seeloknya kita ketengahkan juga remaja-remaja yang berjaya seperti Nur Amalina Che Bakri, yang mendapat 17A dalam peperiksaan SPM 2004. Saudara Ahmad Hafizal, 18 tahun yang sanggup dihukum kerana tidak dapat menghadiri PLKN sebab bekerja menyara ibunya yang miskin atau Melati Abdul Hamid, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memenangi anugerah ``Pemidato Terbaik'' dalam satu debat untuk pelajar jurusan undang-undang dari seluruh dunia. Melati, 23, dan rakan sepasukan dari UIAM terdiri daripada Siti Aliza Alias, Asma Mohd. Yunus, Fadiah Nadwa Fikri dan Ng Boon Ka menjadi naib juara selepas melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Mahkamah Mut Antarabangsa Philip C. Jessup di Ceremonial Court .
3. Mengajak para remaja islam kembali kepada nilai-nilai murni agama dan jatidiri sebagai muslim dan muslimah seperti yang saya sarankan di dalam artikel ini. Kita tidak perlu rasa rendah diri dan ketinggalan kerana umat islam telah ditinggalkan oleh RasululLah SAW dengan al-Quran dan Hadis yang mengandungi pelbagai pengajaran yang lengkap lagi sempurna untuk membimbing aqidah, ibadah, akhlak dan muamalat umat islam. Berikut dicadangkan beberapa cara yang boleh kita lakukan mengikut kemampuan masing-masing di dalam mengajak para remaja islam kembali kepada jatidiri masing-masing antaranya :
a. Memberikan ilmu secara formal atau tidak formal tentang kebaikan dan keburukan untuk kembali kepangkuan nilai-nilai murni yang diajarkan dalam islam dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya jika dilakukan melalui ceramah, gunakan multimedia yang pelbagai dan canggih bagi menarik minat golongan remaja.
b. Memberikan panduan dan tips-tips yang berfaedah kepada para remaja di dalam mengharungi badai dan ujian internal atau external. Berkaitan dengan panduan dan tips-tips seperti ini, saudara boleh mandapatkannya dari ruangan wadah wanita islam di dalam lama web berikut atau laman web yang selain dari ini.
c. Menunjukkan contoh yang baik – Ibubapa, guru-guru, ahli masyarakat dan setiap kita yang prihatin mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada para remaja jika kita ingin melihat mereka melakukan perubahan yang positif.
d. Menyediakan pelbagai program yang menarik, berfaedah dan kreatif melalui pelbagai organisasi remaja belia dibawah kerajaan atau badan bukan kerajaan yang berdaftar agar para remaja memenuhkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
e. Kita juga boleh menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk turut terlibat membantu para remaja kita tidak kira lelaki dan perempuan. Memandangkan budaya sukarelawan dan bergotong royong makin menipis dikalangan masyarakat hari ini, amat wajar ia disemarakkan kembali.
Begitulah sedikit panduan dari saya melalui pengalaman terlibat dengan pelbagai aktiviti remaja atau remaja selama ini. InsyaAllah akan terus menulis dan berkongsi idea serta pengalaman dengan masyarakat di dalam mendekati remaja secara mesra, kasih sayang dan berfikiran positif.Wallahu a'lam.

No comments: