Tuesday, May 24, 2005

James bertanya(2): Fazrul menjawab- Islam Kristian tidak sama?-

Sdra James telah menghantar beberapa persoalan lagi , dan sdra Fazrul menjawab, sila terus membaca- editor

---

James menulis:
Mengikut pendapat saya:
1. Membanding-bandingkan antara Agama secara terbuka ( Boleh dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai keturunan dan agama) di akhbar awam adalah satu penghinaan! Kalau negara lain membuat perkara seperti ini tak kan kita nak tiru di Malaysia ?!! Malaysia ini bukan hanya di duduki oleh orang Islam saja.Di Sabah dan Sarawak penduduk beragama lain secara realiti adalah lebih banyak daripada penduduk Islam. Apa agaknya perasaan saudari serta umat Islam lain di Malaysia jika tiba-tiba ada artikel " Orang Kristian jangan tiru budaya hidup Islam" ? Bukankah amat sensitif tu? Cuba-cubalah fikirkan....
Mengikut pendapat Saudari Roha. Saudari benar dalam aspek :
1.Bahawa ada perbezaan di antara orang Islam, Kristian dan Yahudi. Perbezaannya terlalu banyak dalam aspek-aspek akidah, ibadat, akhlak dan muamalat.
Mengikut pendapat saya:
1. Pembetulan!!!! Tidak ada perbezaan !!!!! Saudari tak tengok TV atau baca berita kah? Yang selalu keluar kat berita tentang sumbang mahram, kes liwat, kes rogol , kes bunuh , semua tu orang apa dan beragama apa yang paling banyak melakukannya? Cuba lihat atau kaji statistik pusat pemulihan penagih dadah ( pusat serenti ) di Malaysia ini penghuni beragama apa yang paling ramai di dalamnya? Dan cuba tinjau-tinjau penjara-penjara di Malaysia penghuni beragama apa yang paling ramai di dalamnya? Kalau saudari hendak perbetulkan umat atau bangsa sendiri, itu niat yang cukup baik dan mulia...tapi biarlah dengan cara yang lebih proaktif kerana kalau kita terlalu banyak bercakap, orang akan dengan cepat menilai diri kita yang sebenar melalui unsur-unsur dalam percakapan kita.

Kesimpulan saya pada malam ini:

1. Jangan sesekali sentuh Agama orang lain kerana sesungguhnya tiada agama yang bersalah.Yang bersalah penganutnya.

2. Seperti juga Islam, Agama lain juga menjurus kepada kebaikan namun dalam semua Agama ini para penganutnya adalah manusia biasa belaka dan tiada yang sempurna. Sebab itulah diturunkan Agama. Jika manusia sempurna Tuhan Allah tidak akan menurunkan Agama bagi umatnya. Apa pun Agama yang dianuti oleh seseorang itu dia tetap tidak akan sempurna , selagi manusia bergelar manusia.( Agama = Kebaikan = Agama ) Fikirkanlah...

3. Kita sekarang dalam era globalisasi, fikiran yang terlalu sempit harus permodenkan. Kalau kita terus menggunakan kaedah bercakap zaman batu untuk memperbaiki akhlak para remaja kita di Malaysia ini pasti tak akan berjaya. Buktinya? Manusia ( Datuk-nenek malah para moyang kita) telah berusaha beribu tahun melakukannya namun gagal dan keadaan semakin teruk jadinya.

4. 88% Saintis Dunia tidak percaya bahawa Tuhan itu Wujud. Kenapa ? Sama-sama kita fikirkan! Mungkin disebabkan kewujudan orang-orang seperti kita?

Sekian untuk kali ini...jika Saudari Roha sudi membalas bingkisan saya kali ini..., saya ada satu soalan yang paling menarik untuk saudari...? Salam sejahtera- James Henry
----
Jawapan dari Fazrul Ismail

1. Menghina atau merendahkan ajaran agama lain.

Apabila kita menyatakan bahawa teori Newton berkaitan masa dan ruang tidak sesuai digunakan dalam semua keadaan, ia bukan bermaksud satu penghinaan kepada Newton. Mengapa? Kerana sebagai seorang individu yang berfikiran rasional, kita berdiskusi idea dan fakta - bukan stigma kepada Newton yang tersohor dan mendapat tempat kedua dalam The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History.

Pemaparan berita berkaitan "Orang Islam Jangan Tiru Budaya Hidup Kristian" tidak sepatutnya menjadi stigma sebagaimana jika terpapar artikel "Orang Kristian Jangan Tiru Budaya Hidup Islam". Mengapa saya berkata demikian? Saya mahu negara saya terus membuka ruang pada masyarakat agar telus dengan fakta dan idea. Sebagai pencinta agama, saya yakin Saudara James inginkan setiap individu berfikir secara rasional walaupun ia menyentuh isu agama.

Jika Saudara James mampu menyebabkan orang lain memeluk Kristian, saya yakin Saudara James tidak mahu dilabel 'Kristian memaksa individu Muslim atau Buddha atau Hindu memeluk agama tersebut'. Saya yakin Saudara James lebih senang jika kata-kata yang keluar dari mulut penganut Kristian yang baru itu ialah: "Saya yakin dengan fakta dan idea dalam agama Kristian ini sendiri."

Kerana agama dipencilkan-lah, maka ia menjadi stigma dan isu sensitif. Apabila fakta sains dibincang secara terbuka dan berlapang dada, kesannya? Kita masih lagi mampu menerima Newton sebagai tidak tepat berbanding Einstein dalam isu ruang dan masa. Kita tidak akan memecahbelahkan 88% para saintis yang ada di dunia ini hanya dengan idea dari Newton dan Einstein. Mereka tetap bergelar saintis, no matter what....

2. Tidak ada perbezaan antara agama?

Jika saya menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari, adakah saya dianggap 'sesat' hanya disebabkan ramai saintis tidak nampak bumi mengelilingi matahari (kerana mereka tidak mengkaji) dan ada pendapat dari pemimpin menyatakan bahawa 'matahari mengelilingi bumilah yang benar'? The truth is out there. We need to search. Whoever strive for it, he or she will be shown.

Jika kita mengikut kebanyakan kata saintis yang tidak mengikut prinsip saintifik dalam kajian bagi menentukan bahawa bumi mengelilingi matahari, pasti kita akan percaya bahawa memang benar 'matahari mengelilingi bumi'. Walaupun saintis, mereka tetap salah kerana tidak menggunakan kaedah saintifik. Ramai Muslim bermasalah kerana mereka tidak mengikut kaedah yang ada dalam Islam. Kadang-kadang kaedah itu disimpan dan orang yang tidak mahu ia dipaparkan di media masa-lah yang akan menyebabkan lebih ramai keliru dan rasa tidak perlu mengikut kaedah kebenaran. Saya yakin kalau kaedah yang betul dipaparkan secara terbuka dan dikuatkuasakan, ia akan difikirkan oleh setiap individu dan menjadi budaya. Masalah yang ada kini pasti menurun.

Saya menganggap semua manusia adalah umat atau bangsa saya sendiri. Saya bukan berjuang untuk orang Melayu atau Islam sahaja. Saya bekerja keras untuk penduduk Malaysia dan seluruh dunia. Bagaimana dengan Saudara James? Untuk orang Kristian sahaja? Saya harap semangat tinggi Saudara James digunakan untuk berjuang bersama saya untuk membawa kebenaran ke seluruh dunia.

Atas dasar itu, kita boleh berkongsi perjuangan dengan membawa kebenaran. Itulah juga sebabnya saya mahukan semua orang berfikir mengikut kebenaran dan fakta. Kalau ada yang ingin mempersoalkan saya, saya akan bersifat terbuka. Saya amat yakin dengan kebenaran yang ada pada diri saya, namun saya yakin orang lain juga boleh membetulkan saya. Saya yakin selain cara saya adalah salah, namun orang lain juga ada kebenaran. Jika saya tidak berpendirian begini, saya pasti dianggap 'jumud' dan 'tidak berfikir' kerana tiada hala tuju dalam kehidupan yang saya pilih sehinggakan saya merasakan semuanya benar. Tidak mungkin Newton dan Einstein benar keduanya dalam membincangkan topik yang sama pada dimensi yang sama dengan jawapan yang berbeza. Mungkinkah ?

3. Tiada agama bersalah - Yang bersalah penganutnya?

Kalau sebiji epal merah dikatakan merah oleh Lelaki A dan dikatakan hijau oleh Lelaki B, tiada siapa yang salah? Saya tetap menyatakan Lelaki B salah. Kerana saya sudah mengkaji bahawa epal tersebut memang bewarna merah. Kalau setelah saya kaji dan berada pada kesimpulan bahawa ia bewarna merah namun saya tidak menurut hasil penemuan saya dan tetap berkeras mengatakan ia hijau, ia adalah salah saya secara individu. Bukan salah Tuhan yang mencipta buah epal merah atau orang lain yang berada pada makmal yang saya guna untuk mengkaji warna merah tersebut.

Tidak mungkin agama sama sahaja. Jika tidak, pasti Saudara James akan sembahyang bersama saya di masjid. Tetapi Saudara James pasti merasakan bahawa agama saudara lebih benar, bukan?

4. Membaiki Remaja

Saudara James pernah melihat ketam mengajar anaknya berjalan lurus? Pasti sukar pasal si bapa ketam pun jalan tidak betul. Apatah lagi setelah air dan pasir yang ada menganggu perjalanan lurus tersebut.

Dalam konteks ini, umat Islam perlukan penjaga masing-masing yang tahu kebenaran dari semua sumber (TV, akhbar dan apa jua medium) agar mampu berjalan lurus dan mengajar pada anaknya kebenaran. Cabaran kini : si ayah ibu tidak mengikut kaedah sebenarnya kerana mereka mengikut fahaman kebenaran yang tertutup dan terselindung selama ini. Individu yang tidak mahu berdiskusi secara terbuka inilah yang serba sedikit menyumbang masalah ini. Apatah lagi apabila ada kebenaran yang dianggap sama sahaja sehingga mana-mana individu menyatakan bahawa konsert , percampuran lelaki perempuan , sembahyang di gereja , sembahyang di masjid , lepak, memakai tanda salib, memakai kopiah dan banyak lagi itu sama sahaja.

5. Adakah kita yang menyebabkan kewujudan 88% saintis tidak percaya Tuhan? Bukan orang seperti kita, Saudara James. Kalau semua orang di dunia termasuk 88% saintis tersebut berbincang dan mengkaji kebenaran seperti Saudara James menulis dengan email dan bertanya serta 1001 cara lain, saya yakin mereka akan percaya pada Tuhan. Orang-orang yang tidak mahu berbincang begini, yang tidak mahu kebenaran dibuka seluas-luasnya di media, yang menutupnya di dalam masjid, gereja atau sinagog sahaja yang akan meningkatkan lagi statistik saintis tidak percaya pada Tuhan tersebut. Kerana saintis banyak menghabiskan masa di makmal. Apabila mereka memonton TV dan membaca akhbar yang memuatkan 'semua fakta, amalan dan agama sama sahaja', mana mungkin mereka kembali kepada Tuhan kerana mungkin pada mereka Tuhan = tiada Tuhan = Darwinism = tidak perlu cari kebenaran. Itulah tugas kita bersama: membuka ruang kebenaran di ruang media agar saintis yang membaca ini mampu mengetahui kebenaran wujudnya Tuhan. Dan dunia nanti akan dipenuhi dengan individu yang benar-benar merendah diri untuk kebenaran. No less than that...

Fazrul Ismail(fazrul@kersani.com)


7 comments:

Anonymous said...

fazrul dan james pada pendapat saya tuhan itu benar dan wujud,dan di akhir zaman ini tuhan saya iaitu tuhan yesus kristus menyuruh orang yang percaya kepadanya supaya taat setia kepadanya untuk mendapat tempat bagi kerajaannya yang telah siap untuk orang yang percaya kepadanya,orang yang tidak percaya kepadanya akan binasa.dan tuhan yesus berfirman sesiapa yang percaya kepadaku tidak binasa melain kan beroleh hidup yang kekal.

juelly said...

fazrul dan james pada pendapat saya tuhan itu benar dan wujud,dan di akhir zaman ini tuhan saya iaitu tuhan yesus kristus menyuruh orang yang percaya kepadanya supaya taat setia kepadanya untuk mendapat tempat bagi kerajaannya yang telah siap untuk orang yang percaya kepadanya,orang yang tidak percaya kepadanya akan binasa.dan tuhan yesus berfirman sesiapa yang percaya kepadaku tidak binasa melain kan beroleh hidup yang kekal.

Anonymous said...

tapi anonymous,jesus jugak berkata dalam mark 12
;29- The Lord OUR God IS ONE God!not trinity!

Anonymous said...

tapi anonymous, kalau anda mempertikaikan firman jesus "siapa yang percaya kepadanya akan mendapat tempat dalam kerajaannya dan kepada siapa yang tak mempercayainya akan binasa" kenapa pula anda boleh mempergunakan firman Jesus dalam mark,The lord Our god is One God. kalau anda nak tahu apa yang dimaksudkan dengan ONE GOD dalam kristian, baca dan selidik lah bible tu dengan teliti sebelum berkata-kata.

Anonymous said...

kristian antara satu satunya agama yang dilaknat tuhan...kembali kepada islam agama yang benar>>>

Anonymous said...

kesian kan mereka akan kekal dineraka....

ingin tahu said...

siapa bah pengasas kristian, Jesus kah atau Paul?