Tuesday, May 24, 2005

James bertanya(2): Su'udi Arof menjawab- Perbandingan agama adalah amalan sihat!

Su'udi Arof menjawab:

1. Membandingkan antara Agama adalah perlu seperti mana dalam kitab-kitab
wahyu (injil dan taurat, dan al-Quran). Cuma rakyat Malaysia yang
sensitif(tidak semualah), namun, kita perlu kembali kepada hujjah,
bukan sentimen. Untuk umat Islam, kita bukan hanya di"serang" dengan
bandingan secara 'open', bahkan dipaksa untuk "tak buat Islam" secara open
seperti kaedah angkat sumpah bukan pakai yang Islam punya, tapi Kristian
punya. Orang Islam terlalu toleren. Dalam pakaian seragam, tak pakai Islam,
tapi orang lain punya....Lagi "menyakitkan hati" . Kenapa orang Islam kurang
respon, kerana "hormat" fahaman orang lain.

Apa yang ditulis itu, adalah kenyataan hakikat perbezaan yang semua
orang mesti maklum. Oleh kerana itu, kalau orang Islam tampil
dengan jati diri Islam mereka, jangan pandang "lain" seperti kes bertudung,
dan "orang lain" kena faham kenapa kita orang Islam begitu.

2. Islam amat jauh berbeza daripada agama lain. Kalaulah hendak dilihat dan
dinilai pada penghayatan, dengan orang yang tidak ada agama, maka ia kelihatan
serupa. Dari segi ajarannya, Islam sempurna dan daripada Allah. Agama
yang lain....TAK SAMA lah.
Kesimpulan yang dibuat oleh James, kurang tepat. Kerana ada "agama" yang tak
betullah maka adanya agama lain. Kerana ada penyelewenganlah maka Allah
turun kan Islam. Islam adalah sempurna kerana ia ada al-Quran yang unggul
dengan keasliannya.

Saya rasa, jangan kita biarkan Islam di kandang "orang salah". Kita pula yang
harus menyoal mereka kenapa "faham seperti itu". Kalau kita jawap2 saja,
(walaupun ada bagusnya supaya nampak cara berfikir mereka), seolah2 ada
"kurangnya" pada Islam. Maybe, kita maklumkan "penyelewengan mereka" dan
"keganasan" mereka terhadap Islam. Kita baru tulis sikit aje..

Pernah di akhbar tempatan di Sarawak tulisan mereka menyentuh Islam dan
membandingkannya dengan Kristian. Isunya ialah perpecahan dan menuduh mazhab
dalam Islam itu adalah perpecahan. Saya ada jawap melalui beberapa artikel secara bersiri.
Wassalam
Su'udi Arof

No comments: