Monday, January 09, 2006

Suami pandang serong dan mengungkit kisah silam

Soalan,

Disini Lia ingin meminta pendapat, bagaimana caranya untuk
melupakan kenangan silam yang pahit.

Sebenarnya emak dan ayah Lia berpisah semasa umur Lia 4 tahun, abg 5
tahun dan adik 2 tahun.Penceraian mereka di sebabkan emak yang
menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Kami hidup seperti bola,
sekejap tinggal dengan nenek sekejap tinggal dengan ayah dan ibu tiri di
Felda.

Apabila tinggal dengan nenek kadang nenek tak suka sebab ayah
tidak pernah kirimkan belanja untuk kami bersekolah. Apabila tinggal dengan
ayah dan ibu tiri pula, hidup macam kisah ala-ala Lela dan Manja, kami
di suruh berkerja sambil bersekolah. Adakala makan minum kami tak
menentu, kalau mood ibu tiri ok, kami dapat makan kalau tidak kami
kelaparan sampai petang. Hidup kami tanpa kasih sayang seorang ayah dan
emak. Ayah seolah-olah di kontrol oleh ibu tiri yang garang.

Kalau bab-bab menangis nii... rasanya dah kering air mata. Pernah.. semasa Lia
berumur 7 tahun Lia pernah cuba di rogol oleh seorang peneroka, mujur
ketika itu abang ada bersama, abang menjerit sekuat hati. Dan semasa tinggal
dengan nenek pula, Lia cuba di rogol oleh atuk sendiri, juga sempat di
selamatkan oleh abang yang ketika itu berumur 8 tahun.. setiap kali
balik kampung Lia rasa takut sangat, Lia cuba beritahu ayah, tapi sebaliknya
Lia yang di marahi oleh ayah.

Dan kini Lia telah berkahwin selama 10 tahun dan di kurniakan 3 orang
cahaya mata, masalahnya kisah ini sering menjadi igauan hidup Lia
sekarang. Berlebih lebih lagi suami sering kali mengungkit kisah-kisah keluarga Lia,
terutama sekali mak, suami Lia pernah mengelarkan emak Lia pelacur. Semasa
pertama kali dengar dari mulutnya, hati Lia hancur lebur. Lia sangka jika
selepas berkahwin Lia mampu mencari kebahagian dan kasih sayang yang Lia
hilang selama ini, namun hati ini luka juga kerana kata-kata suami ini.

Jadi semenjak perkahwinan kami dahulu , Lia tidak di
benarkan berjumpa dengan emak. Hati anak mana yang tak sayang emak...
semenjak dari itu juga segala bergerakan Lia di awasi oleh suami.

Pernah sekali Lia terpaksa kerja lebih masa, suami tidak ada handphone, jadi Lia
tidak dapat menghubunginya.Sebaik sahaja Lia sampai di rumah, suami terus
menuduh Lia pergi berjumpa dengan lelaki. Keesokan harinya Lia diam je,
kebetulan kawan ofis telephone hp Lia, suami Lia berkata dengan nada
sindiran," Hai semalam tak puas main ke?" hati mana yang boleh tahan
dengan fitnah yang sedemikian.. walaupun kisah itu telah Lia maafkan,
tapi jauh di sudut hati, Lia masih menyimpan dendam terhadap suami Lia.
Kekadang perasaan benci mengatasi segala-galanya. Walaupun dia seorang
suami yang penyayang, tapi pada Lia sayangnya bersebab. Seolah-olah Lia
menanggung beban dosa yang di lakukan oleh ayah dan emak Lia... sering
kali di maki hamun oleh suami atas apa yang di lakukan oleh emak dan
ayah Lia. seolah-olah mereka mengganggu kehidupanya.

Kisah silam hidup Lia menghantui kehidupan Lia sekarang.. bantulah Lia..
kekadang rasanya ingin lari jauh dari segala-galanya, terfikirkan anak
Lia batalkan sahaja niat.

Lia yang dilema.


Jawapan

Lia
Saya rasa terharu mendengar cerita Lia dan kisah silam yang Lia hadapi dalam keluarga Lia. Syukur Alhamdulillah Lia sekarang seorang ibu yang bertanggung jawab dan juga isteri yang baik serta bermaruah.

Sikap suami yang terlalu mengawal dan kurang kepercayaan terhadap anda memanglah sebuah dugaan yang hebat, lebih-lebih lagi bila saya nampak kebahagian rumah tangga memang boleh tercapai .

Beginilah Lia, sanggup tak anda bersangka baik terhadap suami dan hilangkan segalah perasaan negatif terhadapnya dan layan dia dengan sebaik-baiknya? Anda boleh cuba sebuah latihan dan lakukannya setiap hari dan meminta kepada Allah swt untuk makbulkannya:

Lia tulis kesemua sifat yang Lia ingin wujud dalam suami Lia. Lepas itu Lia bayangkan suami Lia ada kesemua sifat -sifat itu dan Lia minta kepada Allah swt untuk wujudkan sifat-sifat itu dalam suami.

Satu lagi , Lia tuliskan segala kebaikkan yang ada padanya sekarang dan berdoa meminta Allah swt menambahkan dan maksimakan kesemua sifat yang baik ini.

Selain dari doa dan memfokuskan kepada kebaikan ini , Lia boleh mengambil langkah-langkah untuk memberi suami keyakinan tentang diri Lia.

Jaga pergaulan, jaga percakapan, jangan kemana tanpa memberi tahunya dan pastikan tidak sekali-kali berduaan walaupun dengan rakan sekerja kecuali ada orang lain sama.
Kalau perlu balik lambat, beritahu suami dan pastikan handphone sentiasa ada dengan Lia dan ada kredit dan batteri dah caj. Lama kelamaan suami akan berubah sikap.

Jika dia ungkit kisah Ibu :Lia perlu membaikki komunikasi dengan memberitahunya bahawa apa yang dia lakukan melukakan hati Lia. Gunakan bahasa saya begini :
"Abang, bila abang keluarkan cerita lama keluarga Lia,segala keperitan hidup Lia masa kecil terbayang semula di kotak minda Lia . Lia mahu hidup bahagia dengan Abang, tidakkah Abang juga mahukan yang sama.?"

Ini contoh sahaja, anda boleh karang sendiri dan latih memperkatakannya dengan membayangkan seolah dia depan mata atau ambil gambar dia dan latih dengan gambar dia. Kak Su harap saranan ini dapat menolong Lia sedikit sebanyak.

Apaun Kak Su doakan Lia akan hidup bahagia disamping suami yang menjadi suami prihatin dan penyayang.

Jawapan diberikan oleh Dr Suriya @ Kak Su

1 comment:

Anonymous said...

Hi Lia,
Terharu bila terbaca masalah Lia.
Membuat saya rasa lebih bersyukur sbg seorang istri mempunyai suami yg penyayang & bertanggungjawab.
Semoga Lia bersabar. Mungkin ini adalah dugaan dari Allah utk meningkatkan tahap ketaqwaan Lia terhadapNya. Banyakkanlah berdoa because nobody can understand exactly how you feel except Allah.