Alhamdulillah setelah beberapa siri WJIM menyampaikan info Palestin di sekitar Perlis sebelum ini, pada 9 Januari 2009, Wanita JIM Perlis telah diberikan peluang untuk menyampaikan mengenai Palestine Kini kepada ibu-ibu di kawasan kejiranan Taman Ria, Arau.
Pada 11 Januari 2009, ceramah Selamatkan Palestine telah diberikan kepada para pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Derma.

Pada 17 Januari 2009, WJIM Perlis dijemput oleh Sek Men Keb Agama Perempuan, Kangar untuk memenuhi slot Palestine dihadapan 800 orang pelajar.
Kehadiran penceramah disambut meriah oleh para pelajar dengan dibanjiri banner dan poster yang dibuat oleh para pelajar mengikut kelas masing-masing. Pada mulanya SMKAP bercadang untuk membuat demo aman di hadapan Masjid Syed Alwi (bersebelahan sekolah mereka), tetapi tidak dibenarkan oleh pihak polis. Hanya diarahkan untuk demo di dalam kawasan sekolah sahaja. Bersama penceramah tak asing lagi Dr Hasbullah pada slot pertama menerangkan tentang sejarah Palestine dan Hamas. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, walaupun slaid agak kabur disebabkan ceramah dibuat di dewan terbuka sekolah (suasana terang) disebabkan jumlah pelajar yang ramai.
Slot kedua tayangan slaid serta penerangan tentang pemboikotan barangan Israel dan Amerika disampaikan oleh KW Perlis sendiri iaitu Hjh Che Mazlina dengan penuh semangat walaupun dihadiri oleh 5 orang SB, tidak melunturkan semangat kami serta adik-adik SMKAP untuk terus melaungkan bantahan ke atas kekejaman Israel.
Alhamdulillah, program yang bukan sekadar untuk bermain perasaan dan emosi bahkan lebih kepada memberi penerangan mengenai isu Palestine pada para pelajar SMKAP.

Program Palestine secara bersepadu akan datang adalah di Pasar Malam Stadium Kangar pada hari Rabu, 21 Januari.
Sedikit gambar untuk tatapan..
Gambar 1 : lautan anak-anak yang bencikan kekejaman Israel

Gambar 2: KW Perlis sedang menyampaikan ceramah dengan penuh semangat
Gambar 3: Dr Hasbullah yang berjaya mencuri tumpuan pelajar dengan kuiz yang menarik
Gambar 4: Edaran WJIM, Senarai barangan boikot dan Qunut nazilah
Laporan,
Najah Farahin (SU WJIM Perlis)
No comments:
Post a Comment