Sunday, April 05, 2009

PROGRAM KURSUS PRA PERKAHWINANAN(KAPPEL)

PROGRAM KURSUS PRA PERKAHWINAN (KAPPEL)
Tarikh :14 Mac 2009
Tempat : Dewan KPJ International College, Nilai
Peserta :162 orang
Bayaran : Percuma ( pelajar KPJ ) , RM10 ( peserta luar )
Penceramah : Ustaz Alias Othman, Dr. Maimunah bt Fadzil dan Ir Hj. Jamil Ibrahim
Pengisian : Kisah Cinta Dari AL-Quran, Mengutip Mutiara Berharga, Menyantuni Naluri Insan dan Suka Duka DiHarungi Bersama.

Kursus Pra Perkahwinan (Kappel) telah berjaya dianjurkan oleh Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, (Wanita JIM) Negeri Sembilan bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan(MAINS) pada 14 Mac 2009 (Sabtu) bersamaan 17 Rabiulawal 1430H. Seminar ini berlangsung di Dewan KPJ International College, Nilai bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Seramai 162 orang peserta telah hadir( 52 peserta lelaki dan 110 orang peserta wanita telah menyertai seminar ini termasuk 7 orang peserta lelaki dari luar dan 3 orang peserta bukan Islam).

Seminar telah dirasmikan oleh Pengurus Operasi KPJ International College, Pn.Zarina bt Mohd Tahir. Beliau juga mengharapkan agar para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menghadiri semua slot ceramah.

Ketua Wanita JIMNS pula dalam ucapan alu-aluannya menyentuh mengenai perlunya persediaan kepada remaja untuk mengharungi alam dewasa yang lebih mencabar terutama dalam mencari pasangan yang serasi.

Kertas kerja pertama dan kedua “Kisah Cinta Dari Al-Quran” dan “Mengutip Mutiara Berharga” pula telah disampaikan oleh Ustaz Alias Othman, Perunding Syariah JIM dan bekas Professor Madya Universiti Malaya. Beliau menfokuskan pembentangan di dalam bab munakahat dan keluarga, bermula dari proses pertunangan, berkahwin dan hak dan peranan suami dan isteri dalam melayari rumah tangga.

Kertas kerja yang ketiga telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Maimunah bt Fadzil, Pakar Sakit Puan Hospital Melaka. Beliau menyentuh mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan tips kesihatan untuk pasangan suami isteri.

Kertas kerja yang keempat telah disampaikan oleh Ir. Tuan Hj Jamil Ibrahim, YDP JIMNS. Beliau menjelaskan mengenai suka duka kehidupan berumah tangga dan tips untuk kesejahteraan rumah tangga.

Melalui soal-selidik dari peserta, didapati program sebegini amat memberi menfaat kepada mereka dimana 95% daripada yang hadir berasa berpuas hati dengan pembentangan kesemua kertas kerja.
Amatlah diharapkan lebih ramai peserta daripada kaum lelaki menghadirkan diri ke program seumpama ini di masa akan datang.


Laporan oleh:
Pn. Siti Khatijah Abu Hassan
SU WJIMNS

No comments: