Antara objektif program tersebut adalah memberi kefahaman bahawa Islam adalah jalan penyelesaian krisis, berkongsi panduan untuk menangani krisis dalam kehidupan dan memberi kesedaran mengenai kepentingan memperkasakan diri.
Seminar ini menampilkan tiga slot ceramah iaitu “Saya OK, Anda....?” yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Maznah Daud. Beliau menyentuh tentang hakikat penciptaan manusia dan pemahaman konsep syukur sebagai kunci pengurusan krisis kehidupan.
Slot ceramah yang kedua adalah “Bangkit dari Krisis Kewangan” , disampaikan oleh Puan Hajah Rohani Dato Shahir. Antara intipati ceramah adalah perancangan kewangan dan perbelanjaan serta memahami halal dan haram dalam pengurusan kewangan.
Slot ceramah yang ketiga adalah “Keluarga Bahagia- antara Realiti dan Fantasi” disampaikan dengan baik oleh Encik Ahmad Shafiai Uda Jaafar yang menghuraikan tentang peranan suami dan isteri dalam memahami tahap komunikasi dalam suatu rumahtangga. Setiap slot ceramah dimulakan dengan lakonan sketsa berkaitan dengan ceramah yang akan disampaikan dan diakhiri dengan sesi soal jawab.
Acara seterusnya adalah Pelancaran One Stop Crisis Centre (OSCC) oleh YB Rodziah Ismail selaku Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor. Seminar ini ditutup dengan “Resolusi dalam Doa” oleh Timbalan Ketua Wanita JIM Selangor Prof. Madya Dr Roohaida Othman. Di akhir seminar, satu sidang media telah diadakan oleh Wanita JIM Selangor dan YB Rodziah Ismail.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari peserta-peserta SMIWI, mereka amat berpuas hati dengan isu – isu yang telah dikupas dalam seminar tersebut. Harapan mereka agar program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap dan berkala supaya dapat memberikan kesedaran dan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.
Secara keseluruhan, SMIWI telah mencapai objektif yang digariskan dan pihak penganjur merasa berbesar hati dengan sokongan dan dokongan yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam pelaksanaan SMIWI.
Nahdia Ariffin.
AJK Wanita JIM Selangor.
No comments:
Post a Comment